suria

Ada sebab Sajat terkait dalam isu dakwaan nak tukar jantina, peguam dapat agak tiada permohonan maaf

Yusmiliati akan terus mengambil tindakan undang-undang terhadap Sajat.

TINDAKAN undang-undang akan diteruskan kepada usahawan komestik Nur Sajat jika enggan membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial kepada seorang wanita bernama Yusmiliati Mohamed Yusof.

Menurut peguam yang mewakili Yusmiliati iaitu Ahmad Faiq Azizan, dia akan berbincang dengan anak guamnya bagi meneruskan prosedur tindakan undang-undang.

"Kalau nak diikutkan tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka tapi kami sudah menjangkakan dia tidak akan melakukan seperti yang dituntut.

"Pihak Yusmiliati tetap akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sajat dan juga pembantu dia yang membuat laporan polis terhadap anak guam saya.

Yusmiliati bersama peguamnya, Ahmad Faiq (kiri) ketika sidang media pada Isnin lalu.

"Memang bukan Sajat pengadu tapi nama Sajat turut ada dalam laporan polis yang dibuat pembantunya menyebabkan dia turut terkait.

"InsyaAllah pada Jumaat ini, saya akan bertemu dengan Yusmiliati untuk berbincang dan kami akan berkongsi maklumat seterusnya," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Merepeklah! Saya tak pernah minta tukar jantina” - Sajat enggan mohon maaf, tak kenal Yusmiliati

ARTIKEL BERKAITAN: “Sajat nak kahwin, mahu tukar jantina dalam MyKad” - 'Runner' nafi tipu duit, tuntut mohon maaf

Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sebelum ini diminta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Yusmiliati dalam tempoh 48 jam bermula Isnin lalu kerana didakwa menganiaya wanita tersebut.

Menurut Yusmiliati, 33, nama dan imejnya tercalar selepas dituduh menipu duit yang diberikan usahawan komestik popular itu bagi tujuan membantunya menukar maklumat jantina dalam MyKad.

Sajat enggan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Yusmiliati mengakui beberapa kali bertemu dengan Sajat dan pembantunya, Ashaari Maznan bagi mendapatkan pertolongan menguruskan dokumen berkaitan permohonan menukar maklumat jantina dalam MyKad pada Ogos 2017.

Akibat tidak berpuas hati kerana permohonannya gagal, pembantu Sajat yang turut mahu menukar jantina dalam MyKad membuat laporan polis terhadap Yusmiliati pada 29 Ogos 2018 atas tuduhan menipu.

Disebabkan tindakan itu, Yusmiliati ditahan reman selama empat hari pada 1 Januari lalu di Balai Polis Ampang dan turut dituduh di Mahkamah Majistret Ampang atas dua tuduhan iaitu menipu dibawa Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Menerusi laporan mStar pada Isnin lalu, Sajat enggan membuat permohonan maaf dan menafikan dia pernah membayar bagi mendapatkan pertolongan menguruskan dokumen seperti yang didakwa Yusmiliati.

Sajat, Yusmiliati

Artikel Lain