suria

Neera Azizi goda suami orang? 'Mr AA' dianggap seperti abang, “Fikirlah sikit! Sekurang-kurangnya jagalah hati isteri dia”

Neera nafi jalinkan hubungan cinta dengan suami orang.

BARU-BARU ini mStar menerima kiriman emel daripada seorang individu mendakwa pelakon Neera Azizi hangat 'bermain' cinta dengan seorang aktor berstatus suami orang yang dikenali sebagai 'AA'.

Dakwa pengirim emel itu lagi, Neera dan pelakon lelaki berkenaan dilihat melakukan aksi mesra di dalam kereta pada 21 Jun lalu.

Bagaimanapun Neera, 20, ketika dihubungi mStar menafikan gosip tersebut dan menyifatkan ia sebagai tuduhan liar berniat jahat untuk menjatuhkan kariernya yang sedang meningkat naik.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dikecam kerana nyanyian, Neera Azizi tukar kerjaya jadi pramugari

ARTIKEL BERKAITAN: Neera, Zeera Azizi Ke Stadium Lagi Malam Ini, Nak Intai Siapa?

"Ini satu gosip melampau kerana saya dengan AA hanya rapat macam abang dan adik sahaja dan kami sudah kenal sejak dua tahun lalu.

Neera elakkan diri dari bercinta dengan suami orang.

"Saya belajar dengan dia tentang lakonan dan sering ikuti kelas teater yang dikendalikannya. Sebelum ini pun kita pernah berlakon sama dalam satu drama.

"Sejujurnya kami memang tak ada apa-apa hubungan dan bukan pasangan bercinta seperti yang didakwa netizen tersebut," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Neera mengakui dia turut bimbang jika gosip ini akan menggores hati isteri pelakon tersebut yang kini sedang berpantang anak kedua.

"Saya kenal isteri dia secara peribadi dan dia pun tahu saya berkawan dengan suaminya. Jadi tak ada apa yang saya nak risau.

Neera masih menerima tawaran lakonan meskipun mempunyai kerja tetap sebagai pramugari.

"Cumanya saya kasihan sebab isteri AA sedang berpantang dan tak mahu dia terganggu dengan berita fitnah tersebut.

"Kepada yang buat cerita ini, fikirlah sikit! Sekurang-kurangnya jagalah hati isteri dia. Jangan disebabkan gosip ini merosakkan rumah tangga orang lain," ujarnya.

Dalam perkembangan seni, Neera memberitahu dia bakal muncul dalam drama Semua Salahku yang bakal bersiaran di TV3 bermula Julai ini.

Drama tersebut turut dibintangi oleh Fasha Sandha, Nafiz Muaz dan Intan Najwa.

Neera Azizi

Artikel Lain