suria

“Susah sangat... sehari hanya makan roti” - Nazim Othman kongsi pernah lalui kehidupan sukar

Nazim Othman mendedahkan pernah melalui kesukaran.

PELAKON Nazim Othman mendedahkan kehidupan selesa dilalui hari ini bukan sesuatu yang mudah, malah dia pernah berdepan pelbagai kesukaran sebelum bergelar selebriti.

Berkongsi pengalaman tersebut, Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 35, berkata, kepayahan hidup itu  memaksa dia hanya mengalas perut dengan sebungkus roti sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Nazim dedah terpaksa tolak 10 tawaran filem termasuk ‘Paskal’

ARTIKELBERKAITAN: “Macam mereka pula yang bercerai” - Nazim Othman

"Saya pernah hidup susah.

"Susah sangat sehari cuma mampu bertahan makan roti sebungkus 50 sen itu sahaja," tulisnya.

Nazim berkongsi pengalaman itu melalui sebuah posting dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Nazim pernah hidup susah sebelum bergelar selebriti.

Selain itu, Nazim berkata, dia juga pernah beberapa kali berdepan dengan kegagalan sebelum memiliki kehidupan yang lebih baik pada hari ini.

"Saya terpaksa berdepan dengan kesusahan dan kegagalan lebih dari anda semua sebab saya sentiasa berusaha untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik," tulisnya.

Kalau kita malas, dari dalam bilik nak pergi dapur ambil air pun rasa berat, maka janganlah ada perasaan iri hati tengok kehidupan orang lain lebih baik darimu

NAZIM OTHMAN

Pelakon

Dalam pada itu, aktor kacak ini turut menasihati peminatnya untuk membuang perasaan iri hati terhadap kejayaan yang dikecapi seseorang.

Sebaliknya, perlu berusaha lebih keras bagi mendapatkan sesuatu yang diingini.

"Macam mana nak travel selalu? Jawapannya, awak kena kerja dulu.

"Kalau kita malas, dari dalam bilik nak pergi dapur ambil air pun rasa berat, maka janganlah ada perasaan iri hati tengok kehidupan orang lain lebih baik darimu.

"Kehidupan lebih singkat daripada apa yang kita fikirkan. Tiada istilah terlambat untuk anda mulakan sesuatu," katanya.

Nazim Othman

Artikel Lain