suria

Hana Azraa beri gambaran hamil, PU Abu belum sedia kongsi “InsyaAllah akan beritahu nanti”

Hana dan PU Abu belum bersedia berkongsi sebarang berita baik.

ISTERI kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Hana Azraa seakan memberi gambaran dia kini sedang hamil menerusi laman Instastory miliknya pada Isnin.

Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir, berkata dia bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi sebarang berita baik buat masa ini.

"Insya-Allah tidak lama lagi saya akan kongsi. Sebab saya belum bersedia lagi nak kongsi apa-apa buat masa sekarang melainkan perkara itu daripada Abu sendiri," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Abu, Hana Azraa beraya di rumah baharu, teruja sambut Syawal sebagai suami isteri

ARTIKEL BERKAITAN: PU Abu tak kahwin lari, nikah dengan Hana secara sah di Malaysia

Hana diminta mengulas mengenai video ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik wanita hamil yang dimuat naiknya di laman Instastory.

Hana seakan memberi gambaran dia kini sedang berbadan dua.

Dalam pada itu, PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufya Mohd Mokhtar Rozaidi ketika dihubungi mStar turut mengambil langkah berdiam diri.

"Insya-Allah, apa-apa saya akan beritahu nanti," katanya secara ringkas.

Menerusi laporan mStar pada 8 Mei lalu, PU Abu menjelaskan dia dan Hana sudah berkahwin di Malaysia dan bukannya di Thailand seperti didakwa netizen.

PU Abu dan bekas isteri, Ain timang anak lelaki pada 7 Jun lalu.

Kontroversi rumah tangga PU Abu dengan bekas isterinya, Ain Afini Latif pernah mendapat perhatian netizen di laman sosial sekitar April lalu.

Nama Hana dikaitkan dengan kontroversi itu apabila didakwa sebagai punca perceraian antara pendakwah bebas itu dengan Ain.

Konflik perceraian PU Abu dengan Ain berkesudahan dengan jatuhnya talak dua pada 16 Mei lalu.

PU Abu dan Ain dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar di Hospital Shah Alam pada 7 Jun lalu.

PU Abu, Hana Azraa, Ain Afini

Artikel Lain