GARA-GARA bergambar dengan kereta jenama Range Rover, ramai peminat menyangka kenderaan itu merupakan kereta baharu milik penyanyi Haqiem Rusli. Menjelaskan situasi sebenar, Haqiem, 21, berkata kereta berwarna putih itu bukan miliknya sebaliknya kepunyaan seorang teman dan dia hanya tumpang bergambar kerana tertarik dengan kenderaan tersebut. "Ramai salah faham, itu bukan kereta sayalah! Itu kereta kawan, saya hanya ambil gambar sahaja. ARTIKEL BERKAITAN: Musim BBNU tayang kereta mewah, peminat kata 4X4 Naim Daniel “seksi teruk!” "Sejujurnya kereta itu memang kereta idaman saya dan tak salah nak berangan dulu... mana tahu satu hari nanti ia bakal menjadi milik saya. "InsyaAllah... sebelum umur 28 tahun nanti saya akan beli satu! Sekarang ni banyak lagi benda saya nak kena utamakan," katanya kepada mStar. Haqiem sasar usia 28 tahun untuk miliki kereta mewah tersebut. Pada Khamis lalu, penyanyi Haqiem Rusli memuat naik gambar dengan sebuah kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) di laman Instagram miliknya. Menerusi kapsyen, Haqiem seperti memberi bayangan bahawa kenderaan itu adalah miliknya dan mengajak peminat keluar bersama pada malam itu. "Free tonight?" tulisnya. Saya padam kapsyen dan tak balas pertanyaan pengikut sebab tak nak panjangkan cerita! HAQIEM RUSLI Penyanyi Bagaimanapun, beberapa hari kemudian Haqiem memadam kapsyen tersebut. Dalam pada itu, penyanyi lagu Tergantung Sepi ini berkata dia sengaja memadam kapsyen dan tidak membalas komen ucapan tahniah yang dihantar peminat. Ini kerana dia tidak mahu memanjangkan cerita dan sekadar ingin mengusik pengikutnya di laman tersebut. Selain Haqiem, Naim Daniel turut menayangkan kereta baharu 4X4 Ford Ranger. "Saya padam kapsyen dan tak balas pertanyaan pengikut sebab tak nak panjangkan cerita, lagi pun saja-saja nak bergurau dengan mereka di Instagram. "Saya anggap ucapan tahniah itu ibarat mendoakan supaya satu hari nanti impian saya untuk memiliki kereta itu termakbul," katanya. Bercakap mengenai karier nyanyian, Haqiem kini sibuk dalam rangka promosi single terbaharunya berjudul Lembah Kesepian. Video muzik yang dimuat naik di Youtube telah menerima lebih satu juta tontonan setelah dilancarkan pada 14 Jun lalu.