suria

“Megah tayang perut... meluat” - Kaka Azraff terima komen netizen, akui teruja ada 'baby bump'

Kaka dan suami sempat berhibur di festival muzik pada hujung minggu lalu sebelum menyambut kelahiran bayi pertama mereka pada Oktober depan. Foto Instagram: @kakaazraff.

TINDAKAN penyanyi Kaka Azraff yang memakai baju ketat sehingga menonjolkan perut atau baby bump ketika menghadiri acara muzik pada hujung minggu lalu mengundang kecaman netizen di laman sosial.

Kaka, 30, yang kini hamil enam bulan berkata, dia menerima komen dan pandangan segelintir netizen yang berasa kurang senang dengan foto tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Lupa diri' sedang hamil, Kaka Azraf dipantau doktor bimbang diabetes

"Saya terima sahaja segala komen netizen sebab saya tahu semua orang ada pandangan yang berbeza dengan apa yang mereka lihat dan tak semua akan suka dengan apa yang kita lakukan.

Seorang individu meluahkan rasa kurang senang melihat foto Kaka.

"Mungkin dia hanya meluahkan apa yang dia rasa dan saya menghormati pandangannya. Saya tak nak ambil perkara itu terlalu berat sehingga menjadi tekanan pada diri saya," katanya kepada mStar.

Kaka berkongsi foto dia dan suaminya, Adam Azriff di festival muzik yang diadakan di Genting Highland pada Sabtu dan Ahad lalu menerusi laman Instagramnya.

Menerusi ruang komen pada foto tersebut, seorang individu meluahkan rasa kurang senang melihat penyanyi lagu Sibuk itu seakan sengaja menayangkan perutnya yang semakin membesar.

Ini kali pertama saya hamil sudah tentulah rasa bangga dan teruja bila ada baby bump tapi tidaklah sampai sengaja pakai baju yang terlalu ketat untuk tayang perut.

KAKA AZRAFF

PENYANYI

Bagi Kaka, dia bangga dan teruja dengan keadaan perutnya memandangkan ia pengalaman kehamilan pertamanya.

"Ini kali pertama saya hamil sudah tentulah rasa bangga dan teruja bila ada baby bump tapi tidaklah sampai sengaja pakai baju yang terlalu ketat untuk tayang perut.

"Saya tak nak sorok tapi tak naklah terlalu menunjuk sahaja. Pemakaian saya pada waktu itu hanya mengikut kesesuaian acara," ujarnya.

Kaka hanya memakai baju mengikut keselesaannya dan sesuai dengan tempat.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff dan suaminya yang merupakan ahli perniagaan itu berkahwin pada 14 Disember tahun lalu.

Pasangan itu dijangka bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka pada Oktober depan.

Kaka Azraff, Adam Azriff.

Artikel Lain