PELAKON Ruhainies terkejut apabila membaca mesej peribadi (DM) yang dihantar oleh beberapa orang wanita di akaun Instagram milik teman lelakinya. Menurut Ruhainies, 27, wanita-wanita berkenaan menghantar mesej cubaan menggoda dan merosakkan hubungannya dengan kekasih yang dikenali sebagai Mr E. "Terkejut apabila membaca DM yang dihantar oleh beberapa orang wanita di Instagram teman lelaki. Tanpa segan silu ada yang nak kenal, siap bagi emoji love dan sebagainya. ARTIKEL BERKAITAN: Belum sedia dedah wajah Mr E, Ruhaines tak mahu kekasih terima tempias selebriti ARTIKEL BERKAITAN: “Berhentilah tanya bila nak kahwin” - Ruhainies mula tertekan, minta netizen fokus pada kerjaya seni "Apabila saya semak profil mereka, rata-ratanya ada mutual friend dengan saya, maknanya mereka adalah kawan kepada kawan saya. "Jadi mereka pasti tahu tentang hubungan saya dengan E, tapi pelik kenapa masih mahu 'cuba-cuba' kacau? Kalau sekadar mesej usikan dari peminat saya tak kisah," katanya kepada mStar. Ruhainies dan kekasih tidak berahsia mengenai aktiviti di laman sosial. Pada Jumaat, Ruhainies menerusi Twitter menulis luahan rasa kurang senang dengan sikap ditunjukkan wanita berkenaan. "Perempuan yang duk DM dia dekat IG tak tahu ke yang I pun ada password IG dia. Toksah duk feeling sangat. Nak try luck ke? "Depa tak tahu ke I kadang-kadang boleh jadi kucing. Kadang-kadang boleh jadi harimau, fikir dulu sebelum nak menggatal okay," tulisnya. Luahan di Twitter hanya sekadar sindiran dan ingatan untuk wanita yang suka merosakkan hubungan orang lain. Sementara itu, Ruhainies berkata dia dan kekasih bersikap telus dan terbuka berkongsi kata laluan media sosial masing-masing. "Kami sekarang dalam fasa hubungan serius dan tak kisah berkongsi password masing-masing, tiada sembunyi-sembunyi. "E punya akaun Instagram sentiasa terbuka di telefon saya, jadi apabila ada notification masuk, saya boleh nampak sehinggalah terbaca mesej-mesej yang dihantar wanita itu. "Mereka sepatutnya sebagai wanita kena faham hati dan perasaan perempuan lain. Tak baiklah ganggu hubungan orang lain!,” ujarnya.