suria

“Baby K is here!” - Isteri Ammar Alfian timang bayi lelaki

Nelissa dan Ammar timang bayi lelaki pada malam, Rabu.

ISTERI kepada pelakon Ammar Alfian iaitu Nelissa Nezam meluahkan rasa syukur apabila selamat melahirkan bayi lelakinya pada malam, Rabu.

Nelissa berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik foto sedang mendukung bayi yang diberi nama gelaran 'Baby K' di Instagram pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak hina, hinalah! Saya sedang cuba selamatkan perkahwinan ini” - Ammar Alfian

"Baby K is here!!! Saya melahirkan bayi lelaki yang paling sempurna pada malam 31 Julai 2019 (Rabu)," tulisnya.

Bagaimanapun Nelissa belum lagi berkongsi sebarang maklumat lanjut mengenai kelahiran cahaya mata pertamanya itu.

Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Ammar dan isterinya masingg belum berjaya.

Pelakon filem Paskal sebelum ini berkongsi foto memeluk isterinya yang ketika itu sedang hamil lapan bulan berserta kapsyen memberi gambaran mereka sudah berbaik mendapat perhatian netizen di laman sosial pada 28 Julai lalu.

Nelissa umum sudah melahirkan anaknya pada Rabu.

Susulan itu, Nelissa tampil menegaskan tidak akan kembali menjalani kehidupan bersama sebagai suami-isteri seperti yang digambarkan menerusi laman Instagram suaminya itu.

Ammar kemudian mempertahankan dirinya dengan mengatakan tindakan memuat naik foto bersama isterinya itu dengan tujuan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.

Dia juga mengakui banyak melakukan kesilapan ketika usia muda dan kini dalam usaha untuk berubah menjadi seorang lelaki yang lebih baik serta bertanggungjawab terhadap keluarganya.

Isu rumah tangga pasangan itu mula menjadi perbualan hangat netizen apabila Nelissa mendedahkan perlakuan curang suaminya secara terbuka di Instagramnya pada Mei lalu.

Nelissa Nezam, Ammar Alfian

Artikel Lain