PELAKON Farah Nabilah menafikan khabar angin dia bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang juruterbang pada Oktober depan. Malah, Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 27, memberitahu dia akan berada di Jerman pada bulan tersebut atas urusan kerja. ARTIKEL BERKAITAN: “Selesa jadi diri sendiri, tidak mahu terlalu menonjol” - Rezeki Farah Nabilah tak putus biarpun kurang aktif di laman sosial Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi drama Titian Cinta ini tidak akan merahsiakan berita gembira dan akan berkongsi apabila sudah tidak masa yang sesuai. "Eh, mana ada saya nak kahwin Oktober depan. Pada bulan itu, saya akan berada di Jerman sebab ada urusan kerja di sana. Farah akan terbang ke Jerman atas urusan kerja pada Oktober depan. "Nanti kalau sudah tiba masa, jangan risau saya akan kongsi dengan peminat dan semua media. Saya tak akan sorok pun perkara yang baik," kata Farah kepada mStar. Pelakon drama Halalkan Hati Yang Ku Curi ini diminta mengulas mengenai desas-desus yang mengatakan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang bekerja sebagai juruterbang pada Oktober depan. Dalam pada itu, Farah juga menjelaskan jadualnya kini padat dengan aktiviti lakonan dan selepas itu dia akan terbang ke New York untuk produk kosmetik antarabangsa serta bercuti bersama keluarga pada September depan. Farah sebelum ini pernah meluahkan hasrat untuk menyambut Syawal terakhir sebagai wanita bujang pada tahun ini dan seakan memberi bayangan bakal berkahwin dalam masa terdekat. Farah takut nak melalui fasa pertunangan. Manakala menerusi temu bual dengan mStar pada 31 Julai lalu, Farah mengakui dia berasa fobia untuk melalui fasa pertunangan disebabkan mendengar pelbagai kisah mengenai kes putus tunang. Menurut Farah, keluarga ingin dia dan kekasihnya mengikat tali pertunangan terlebih dahulu namun dia tidak berhasrat untuk berkongsi perkara itu kepada umum. "Kalau boleh pertunangan itu elakkan kot. Takut la sebab saya tengok orang bertunang ini banyak sangat dugaan dan ada saja yang nak kacau. "Jadi, elakkan dan ada banyak perkara lagi nak difikirkan. Tapi kalau tunang pun, saya nak senyap-senyap dan nanti nikah baru uarkan," ujarnya.