PELAKON Janna Nick menerima teguran segelintir netizen yang kurang senang dengan gaya pemakaiannya ketika memberi ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar kolej baru-baru ini. Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 24, memohon maaf atas kesilapannya yang tidak peka dalam memilih pakaian mengikut keadaan ketika itu. ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau saya tak sayang, dia tidak berada di tempat sekarang” - Sheila doakan kejayaan Janna Nick ARTIKEL BERKAITAN: Mesej tidak dilayan, Janna Nick hanya mampu minta ampun pada Allah jika Sheila enggan terima maaf “Saya mengaku memang silap saya yang tidak peka dalam pemilihan pakaian ketika itu. Ini kali pertama saya dijemput untuk memberi ceramah motivasi dan mungkin disebabkan itu saya tidak pasti mengenai cara pemakaian yang betul. “Insya-Allah saya akan perbaiki kalau selepas ini dipanggil lagi untuk memberi ceramah dan memakai baju mengikut kesesuaian acara. Saya ambil perkara ini secara positif saja,” kata Janna kepada mStar. Janna ditemui ketika sidang media teater Malayu - ‘Pawana Isabella’ di Bilik Nilam Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Khamis. Pemakaian Janna jadi perhatian netizen. Selain Janna, teater arahan pengarah Erma Fatima bersama Naque Ariffin itu turut dibintangi oleh Syafiq Kyle, Johan Raja Lawak, Datuk Afdlin Shauki dan Azar Azmi akan mula ditayangkan bermula pada 21 Ogos ini di Istana Budaya. Sebelum ini, Janna berkongsi sedutan video dirinya memberikan ceramah motivasi dan pengalamannya yang bekerja seawal umur 14 tahun di hadapan pelajar-pelajar pada Ahad lalu. Walaupun rata-rata netizen memuji perkongsian Janna itu bermanfaat dan cukup membakar semangat namun ada segelintir mereka yang lebih fokus mengkritik penampilannya. Dalam pada itu, pelakon drama Bukan Cinta Aku ini memberitahu dia tidak pernah menyalahkan netizen yang menegur untuk menyedarkan kesilapannya. Janna akan lebih berhati-hati mengenai pemilihan pakaian selepas ini. Menurut Janna lagi, dia sedar seharusnya berpakaian lebih sopan untuk menyampaikan sesuatu ilmu terutama di hadapan umum. “Saya tak menyalahkan netizen sebab bagi saya, kalau mereka tak tegur, saya sendiri tak tahu kesilapan saya itu. Jadi, saya terima sahaja teguran mereka dengan baik dan positif. “Saya faham nak sampaikan sesuatu ilmu pengetahuan itu kita kena la berpakaian sopan untuk berhadapan dengan umum. “Walaupun sebenarnya program itu bukan dilakukan di universiti atau kolej tapi ia adalah anjuran sebuah majalah gaya hidup. Tapi segala kesilapan kecil itu saya akan cuba elakkan selepas ini,” ujarnya.