suria

Erma Fatima harap Syed Saddiq datang tonton teater 'Malayu-Pawana Isabella', “Jangan politikkan karya saya”

Erma berharap sangat Syed Saddiq bawa anak-anak muda di bawah Kementerian Belia Dan Sukan datang menyokong teater arahannya.

PENGARAH Erma Fatima menjemput pemimpin-pemimpin negara terutamanya Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq untuk menonton teater arahannya Malayu-Pawana Isabella yang kini dipentaskan di Istana Budaya.

Menurut Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 51, Syed Saddiq sebagai pemimpin belia perlu membawa golongan muda menonton teater tersebut bagi mengenali sejarah negara.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa tak tanya Janna atau Syafiq Kyle?” - Johan dan Ozlynn nafi dibayar RM160,000 berlakon teater

"Insya-Allah Tun Mahathir akan datang tapi saya berharap sangat mereka boleh datang dan tonton teater ini. Saya memang nak jemput untuk semua pemimpin Malaysia datang.

Barisan pelakon teater Malayu-Pawana Isabella.

"Malah, saya suka sangat kalau mereka semua datang dalam pada masa yang sama, boleh memberi sokongan kepada orang-orang seni macam kami. Saya punya harapan memang pada Syed Saddiq.

"Bawalah anak-anak muda di bawah Kementerian Belia Dan Sukan untuk datang menonton. Dia sebagai seorang pemimpin belia, patut bawa sebab mereka perlu kenal asal usul sejarah tanah air kita.

"Harap mereka juga dapat memahami apa yang kita cuba sampaikan di atas pentas tu. Moga-moga terbuka hati pemimpin negara kita terutamanya Syed Saddiq," katanya kepada mStar.

Saya hanya ingin berkarya dan karya saya bukan untuk dipolitikkan atau disensasikan.

Erma Fatima

Pengarah dan pelakon

Erma ditemui ketika malam gala pra-tonton teater Malayu-Pawana Isabella bersama media di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada malam, Rabu.

Teater arahan Erma dan pengarah muda Naque Ariffin dibintangi oleh Syafiq Kyle, Janna Nick, Azar Azmi, Datuk Afdlin Shauki, Johan Raja Lawak, Ozlyn dan ramai lagi.

Teater bangsawan moden ini dipentaskan di Istana Budaya bermula 21 hingga 31 Ogos.

Dalam pada itu, Erma menegaskan teater tersebut tidak melibatkan politik dan meminta semua pihak tidak menjadikan ia sesuatu isu yang perlu disensasikan.

Salah satu babak antara Syafiq dan Janna.

Kata pelakon Mak Cun ini, tujuan mengangkat konsep teater tersebut agar golongan belia mengenali asal usul sejarah Malaysia.

"Saya hanya ingin berkarya dan karya saya bukan untuk dipolitikkan atau disensasikan. Apa yang saya cuba sampaikan adalah untuk memberi inspirasi kepada anak-anak saya dan golongan anak muda.

"Supaya mereka kenal dan tahu asal usul sejarah Malaysia. Saya bukan orang politik dan jangan politikkan dan sensasikan karya saya," ujarnya.

Artikel Lain