suria

Wanita cemburu buta ugut nak simbah asid ke muka Elizabeth Tan... “What? tak masuk akal!”

Elizabeth Tan terima ugutan daripada wanita tidak dikenali di Instagram.

GARA-GARA cemburu dengan perbuatan teman lelaki 'hidung belang' yang kerap meninggalkan komen di Instagram Elizabeth Tan, penyanyi itu diugut akan dicederakan seorang wanita tidak dikenali.

Dakwa Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, wanita berkenaan mendesaknya segera menyekat akaun teman lelakinya dan jika ingkar wajahnya akan dicederakan dengan asid.

"Ada seorang peminat selalu komen di Instagram... itu normal! Masalahnya teman wanita dia psiko. Dia mesej peribadi (DM) Thira (pengurus) dan cakap you ada skandal dengan boyfriend I ke? Tolong block boyfriend I, jadi Thira pun sekat akaun lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya ingat 'beromen' tu romantik" - Elizabeth Tan akui tersilap cakap

ARTIKEL BERKAITAN: “Memang tuju pada penipu tu!” - Elizabeth Tan

"Lepas itu dia tanya lagi, kalau dah block kenapa boyfriend dia masih boleh komen dekat Instagram Lizzy? What? Tak masuk akal!

Lizzy berkongsi pengalaman menakutkan itu di Instagram.

"Tu tak apa lagi, dia cakap dekat Thira lagi, tolong minta bos you iaitu saya untuk sekat kekasihnya. Kalau tak, dia akan simbah asid dekat muka Lizzy," katanya.

Penyanyi lagu Semua Sudah ini berkongsi mengenai ugutan tersebut menerusi satu rakaman video pendek di Instagram.

Gara-gara ugutan itu, Lizzy berkata keselamatannya terancam dan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

"Saya akan buat laporan polis untuk keselamatan," ujarnya.

Lizzy melayan semua peminat dengan baik.

Rata-rata pengikutnya di Instagram turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan wanita tersebut dan meminta Elizabeth lebih berhati-hati ketika berada di luar rumah.

"Untuk kes ini... pertamanya awak mesti buat laporan polis demi keselamatan, keduanya awak mesti ada suami untuk jaga awak.

"Jaga diri dan lebih berhati-hati ya! Orang sekarang ni ada masalah otak. Buat laporan polis!

"Seriuslah ada nak simbah asid dekat muka akak? Perempuan tu dah tak betul agaknya cemburu tak bertempat... alahai sampai nak simbah asid pula," komen pengikut.

Elizabeth Tan

Artikel Lain