SEKEMBALI dari mengerjakan ibadah haji, pelakon Erra Fazira mengakui gelaran hajah yang dibawa olehnya bukanlah tugas mudah dan merupakan satu amanah dari Allah. Erra atau nama sebenar Fazira Wan Chek, 45, bagaimanapun berkata gelaran yang dibawa itu sama sekali tidak membataskan karier lakonannya. "Berat itu memang berat dan saya rasa itu juga merupakan satu tanggungjawab. Salah satu doa saya adalah supaya semua dipermudahkan dan saya terus istiqamah dalam hidup. ARTIKEL BERKAITAN: “Berduka atau tidak itu adalah cerita saya” - Erra menyesal, anggap persengketaan dengan Umie titik hitam ARTIKEL BERKAITAN: “Allah tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan” - Erra Fazira reda hubungan cinta dengan Shahir berakhir "Kalau dari sudut lakonan pula, sejak dahulu selepas buat keputusan berhijab lakonan saya sendiri sudah terbatas, kita memang cuba jaga batas kita dalam beberapa perkara. "Apa-apa pun dalam hal ini memerlukan kerjasama antara produksi dan pelakon, pasti mereka sendiri sudah tahu apa yang sesuai dan sebagainya," katanya kepada mStar. Erra percaya ketentuan rezeki yang diaturkan oleh Allah. Erra ditemui semasa tayangan perdana filem Wangi yang diadakan di MM Cineplex, eCurve, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis lalu. Kalau kata sampai ke tua jadi nenek dan masih berlakon saya terima. ERRA FAZIRA Pelakon Sementara itu, pelakon filem Maria Mariana ini berkata dia tidak meletakkan sebarang had usia untuk terus bergiat aktif sebagai anak seni. Ini kerana bidang lakonan merupakan tempat dia mencari rezeki dan percaya Allah sudah mengaturkan yang terbaik dalam hidupnya. Erra tidak terfikir lagi untuk bersara dalam bidang lakonan. "Soal rezeki ini kita tak boleh nak letak had, bergantung pada ketentuan Allah, kita ikut sahaja... kalau kata sampai ke tua jadi nenek dan masih berlakon saya terima. "Katakan saya letak target umur 50 tahun berhenti berlakon, kalau saya anak orang kaya bolehlah tapi saya ini semua jatuh bangun sendiri, kena cari pendapatan sendiri dan ada tanggungjawab. "Saya kena rasional dalam hal ini dan fikir secara logik, jadi tak ada titik waktu, saya hanya berdoa supaya Allah salurkan yang terbaik untuk saya," katanya. Pelakon utama filem Wangi bergambar bersama Penerbit Resilience Studio Sdn Bhd, Shuhada Mohd (dua dari kiri). Bercakap mengenai filem Wangi, Erra membawakan watak Nor iaitu isteri kepada Khuzairi lakonan Sharnaaz Ahmad. Selain Erra dan Sharnaaz, filem ini turut menampilkan Nabila Huda, Syazwan Zulkifli, Mia Nasir, Nik Adam Mika dan Ruminah Sidek. Filem seram arahan Mohd Latiff Zami ini bakal ditayangkan di pawagam pada 5 September depan.