suria

Ardell lamar Nadzmi Adhwa dengan Al-Quran, “Saya mahu dia khatamkan dan fahami sebelum terima”

Ardell tidak menyangka kawan baik bertukar status menjadi suami. Foto: QARAMI HASHIM

PELAKON Ardell Aryana tidak menyangka teman baiknya yang dianggap seperti adik iaitu Nadzmi Adhwa akhirnya menjadi pasangan hidupnya.

Menurut Ardell atau Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, Nadzmi ada beberapa kali menyatakan hasrat untuk memperisterikannya namun dia menolak kerana masih belum bersedia.

"Saya dah anggap dia macam adik dan kami macam kawan baik, masa susah dan senang ada bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadzmi Adhwa sah suami Ardell Aryana

ARTIKEL BERKAITAN: Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana kongsi bisnes, tak tolak jika jodoh

"Dia ada bagi beratus kali hint nak ajak kahwin tapi saya tak bagi jawapan sebabnya saya tak bersedia lagi, rasa banyak kekurangan dan bukan mudah bergelar isteri.

"Sehinggalah selepas hari raya Aidilfitri lalu, saya sendiri merisik dia dan memberi senaskhah Al-Quran untuk dia fahami dan khatamkan," katanya kepada mStar.


Nadzmi hanya menyerahkan hantaran senaskhah Al-Quran yang sudah dikhatam olehnya.

Pasangan ini ditemui selepas majlis pernikahan mereka yang diadakan di kediaman keluarga Ardell di Seri Kembangan, Selangor pada Ahad.

Dengan sekali lafaz, pasangan pelakon ini sah bergelar suami dan isteri.

Ardell menerima hantaran senaskhah Al-Quran dan mas kahwin bernilai RM300.

Soal anak pula kami tak merancang, kalau rezeki itu datang awal, kami terima dengan hati terbuka!

NADZMI ADHWA

Pelakon

Ditanya mengenai majlis resepsi dan bulan madu, Nadzmi, 26, berkata mereka masih belum menemui tarikh dan lokasi bersesuaian untuk perkara itu.

Ini kerana mereka terikat dengan beberapa projek dan tugasan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Ardell sendiri melamar dan merisik Nadzmi selepas hari raya Aidilfitri lalu.

"Selepas ini Ardell ada latihan untuk misi kemanusiaan di Yaman dan Syria, manakala saya pula ada penggambaran.

"InsyaAllah bulan Oktober atau November depan baru akan diadakan majlis resepsi... honeymoon? kami mungkin akan menunaikan umrah hujung tahun ini.

"Soal anak pula kami tak merancang, kalau rezeki itu datang awal, kami terima dengan hati terbuka," ujarnya.

Terdahulu, pasangan pelakon drama Namaku Bedah ini saling mengenali antara satu sama kira-kira lapan tahun lalu.

Ardell Aryana, Nadzmi Adhwa, kahwin, lamar

Artikel Lain