suria

Azhan Rani tak lupa ulam petai daki Everest Base Camp, “Petai di mana saja... rare bang!”

Netizen tertarik melihat foto Azhan membawa petai mendaki EBC.

ULAM kegemaran ramai, petai semestinya menjadi pelengkap hidangan. Ia enak dimakan mentah dengan sambal, direbus, dibakar atau dimasak bersama lauk-pauk.

Kali ini kisah petai nampaknya menjadi lebih menarik apabila ulam pembuka selera itu turut sama 'digalas' pelakon Azhan Rani yang sedang mengikuti ekspedisi pendakian ke Everest Base Camp (EBC), Nepal.

Seperti biasa, rata-rata netizen terhibur dan berbangga dengan Azhan, 43, yang tetap tidak melupakan petai biarpun ketika melakukan pendakian di tempat sejuk.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sibuk marah orang tak takut Tuhan, tapi gigih buat cerita hantu ajak orang takut syaitan” - Azhan Rani pertahan telefilem songsang

"Petai di mana saja... Semangat Malaysia sangat ni... semoga berjaya abang," tulis Rinnrazrinah.

Antara beberapa komen netizen.

"Semoga selamat semuanya bro! Tunjukkan kepada dunia yang abang boleh! Malaysia Boleh!" komen Muhammadkhidhirborhan.

"Tak boleh masuk Malaysia Book of Records ke ni? Rasanya ni pendaki pertama bawa petai ke EBC... Rare bang!" komen Noor_rashid73.

Foto yang dikongsikan itu kini mendapat lebih 2,100 tanda suka dan 80 komen yang kesemuanya mendoakan agar Azhan berjaya menyempurnakan misinya.

Sebelum ini, menerusi laporan Kosmo! Azhan memberitahu dia menjadikan tema Hari Kebangsaan 2019, Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih sebagai inspirasi untuk menyahut cabaran mengibar Jalur Gemilang gergasi di Everest Base Camp (EBC).

Azhan dan 27 pendaki memula misi pada 31 Ogos lalu sehingga 16 September ini.

Pelakon drama bersiri popular Nur ini bersama 27 pendaki termasuk lima pengamal media memulakan misi sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62 selama 16 hari bermula 31 Ogos lalu sehingga 16 September ini.

Mereka menggalas cabaran untuk mengibarkan Jalur Gemilang gergasi setinggi enam meter dan 12 meter lebar serta berat 11 kilogram di EBC yang berketinggian 5,364 meter dari aras laut.

Ekspedisi pendakian anjuran Summit Attack Resources (SAR) yang diketuai Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa itu turut disertai enam pendaki dari Brunei.

Azhan Rani

Artikel Lain