suria

Intan Najuwa dikecam kongsi foto didukung Idris Khan - “Tunang saya memahami dan berfikiran positif”

Intan memberitahu tunangnya memahami kerjanya sebagai pelakon dan mengambil kritikan netizen secara positif.

HUBUNGAN antara pelakon Intan Najuwa dan tunangnya tidak terjejas biarpun menerima kecaman teruk netizen di laman sosial ekoran memuat naik foto didukung pasangan lakonannya, Idris Khan.

Menurut Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, tunangnya yang juga seorang usahawan berasal dari Kedah, Razrul Anwar Rusli, tidak mengambil serius mengenai perkara itu dan sentiasa berfikiran positif.

ARTIKEL BERKAITAN: “Cinta sejati bukan berdasarkan duit” - Bakal kahwini usahawan berusia 38 tahun, Intan Najuwa dituduh mata duitan

"Alhamdulillah, saya masih boleh makan dan menjalani kehidupan seperti biasa. Hubungan dengan tunang pun okey dan kami gembira saja.

Intan dikecam selepas berkongsi foto didukung Idris Khan untuk promosi drama baharu mereka.

"Sebenarnya saya bimbang dan kasihan juga dengan tunang saya tapi bab komen atau kecaman ini, dia okey sahaja dan dia pula yang minta saya jangan baca komen.

"Malah, dia sentiasa ambil perkara itu secara positif sebagai contoh, netizen kata dia tua pun dia tak marah, malam dia nak pergi pergi gym untuk kurus dan nampak muda," katanya kepada mStar.

Beberapa keping foto Intan didukung Idris yang dikongsi untuk mempromosi sebuah drama di sebuah stesen televisyen mengundang kecaman netizen yang menganggap aksi tersebut keterlaluan.

Sebelum ini, berita pertunangan pasangan itu turut menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial yang mendakwa aktres itu memilih usahawan itu disebabkan harta.

Netizen kata dia tua pun dia tak marah, malah dia nak pergi gym untuk kurus dan nampak muda.

Intan Najuwa

Pelakon

Bagaimanapun, Intan menegaskan cinta antara mereka bukan berdasarkan duit tetapi kehadiran lelaki itu memberikan inspirasi untuk dirinya menjadi lebih baik.

Dalam pada itu, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Kekasih Paksa Rela ini mengakui dia pada mulanya sukar menerima komen negatif namun perlahan-lahan belajar untuk berhadapan dengan kritikan.

Tambah Intan lagi, dia tidak dapat memuaskan hati semua orang dan menyedari segala apa yang dilakukannya sentiasa menjadi bualan netizen.

"Mula-mula itu memang susah juga nak terima tapi lama-lama saya kena juga berhadapan dengan kritikan dan komen negatif ini. Biasalah, setiap apa yang kita lakukan mesti tak memuaskan hati segelintir pihak.

Intan dan tunangnya masih belum menetapkan tarikh pernikahan mereka.

"Yang betul pun akan jadi salah manakala yang salah pula memang akan jadi salah. Jadi saya biarkan sahaja mereka nak berkata apa-apa.

"Cuma kalau saya ternampak komen yang menyebabkan salah faham, saya akan balas supaya perkara itu dapat dijelaskan dan semua orang pun boleh baca," ujarnya.

Intan dan Razrul Anwar Rusli, 38, mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos lalu di Thistle Hotel, Johor Bahru bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-22.

Menerusi laporan mStar pada 19 Ogos lalu, aktres drama Tuan Danial ini memberitahu jarak perbezaan usia 16 tahun tidak menjadi penghalang untuk mereka berkahwin.

Intan Najuwa, Idris Khan

Artikel Lain