suria

Tunku Azizah puji 'cute', Tomok tak sangka anak-anak terima jemputan menghadap... “Dapat juga peluang kami masuk istana”

Tomok tidak menyangka video nyanyian dua anaknya mendapat perhatian istana.

BERMULA sekadar suka-suka, penyanyi Tomok tidak menyangka video nyanyian dua anaknya iaitu Arrian Akid, 8, dan Andrashah Iman, 5, sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendapat perhatian istana.

Menurut Tomok, dia sekeluarga rasa bertuah apabila gelagat kedua-dua anaknya itu menerima pujian daripada Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Segalanya bermula apabila Tunku Azizah membalas twit daripada seorang pengguna Twitter dan bertanya asal usul dua kanak-kanak lelaki yang memberikan ucapan kepada Seri Paduka Baginda.

Malah Tunku Azizah turut berbalas twit dengan memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda berkenan untuk menjemput kedua-dua mereka ke istana.

Perbualan Tunku Azizah di Twitter dikongsikan Tomok di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Tomok... Ia bukan cara berdakwah! Haram tetap haram! - PU Amin

ARTIKEL BERKAITAN: Mak nyah dedah lagu ‘Bekas Kekasih’ nyanyian Tomok beri kesan

"Tentunya kami sangat gembira jika mendapat jemputan daripada pihak istana.

"Bukan apa, ini untuk pengalaman anak-anak. Siapa tak mahu bergambar dengan Agong, sekurang-kurangnya dapat juga peluang untuk kami masuk ke istana.

"Kalau betul ia jemputan daripada Permaisuri Agong, saya rasa amat bertuah. Siapa tak nak kalau dapat peluang berjumpa Agong... peluang begini sekali seumur hidup dan bukan semua orang boleh dapat peluang begini," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Antara posting yang dimuat naik Tomok di laman Instagram miliknya.

Bercerita lanjut, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 35, berkata, dia tidak menyangka ucapan yang dimuat naik isterinya, Rahayu Abbas mendapat perhatian netizen termasuk Tunku Azizah.

"Memandangkan hari ini adalah hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, isteri saya saja suka-suka buat video untuk beri ucapan, sama seperti orang lain yang wish kepada Agong.

"Kemudian isteri saya upload ke Twitter dan ada individu yang tag Tunku Azizah.

Tak sangka pula dalam banyak-banyak ucapan, video itu mendapat perhatian.

TOMOK

Penyanyi

"Tak sangka pula dalam banyak-banyak ucapan, video itu mendapat perhatian tuanku," ujarnya.

Terdahulu, Tomok menerusi Instagram miliknya pada Isnin berkongsi beberapa paparan skrin dari akaun Twitter Tunku Azizah @cheminahsayang yang menjemput kedua-dua anaknya ke Istana Negara.

"Ini betul-betul ke cubaan? Jemputan dari Tuanku Agong untuk anak-anak saya ke Istana Negara," tulisnya.

Sementara itu, rata-rata peminatnya termasuk beberapa rakan selebriti seperti Fara Fauzana, Sherry Al-Hadad dan Fadzil Zahari turut meluahkan rasa gembira dengan perkhabaran yang tidak disangka-sangka itu.

Tomok, Tunku Azizah

Artikel Lain