suria

“Jangan sampai merangkak di Padang Mahsyar minta maaf” - Syifa Melvin nasihat pengikut jaga aib dan berbuat baik

Syifa memberi nasihat kepada pengikutnya di laman sosial.

PELAKON Syifa Melvin menasihatkan pengikutnya agar berbuat baik kepada orang lain dan sentiasa menjaga hubungan sesama manusia.

Menurut Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 25, ia kerana terdapat segelintir manusia yang sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sedar benda ini dah lama” - Syifa Melvin 'buka mulut' isu dakwaan bekas kekasih Safawi Rasid

"Kita sebagai manusia kena berbuat baik dengan manusia lain. Dengan Allah, boleh bertaubat dan minta ampun sebab kita tahu Allah maha pengampun.

Syifa berkongsi perkara itu menerusi laman Instastory.

"Tapi manusia ini tak boleh nak dijangka. Ada yang jenis keras kepala, riak dan sombong tak nak maafkan orang. Bila buat jahat dengan orang itu dan dia tak nak maafkan, terpaksa merangkak cari di Padang Mahsyar.

"Itu pun kalau kenal, kalau tak kenal susah la. Sebab itu kena jaga hubungan sesama manusia," katanya.

Adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini berkongsi nasihat itu menerusi laman Instastory miliknya pada Jumaat.

Selain perkongsian mengenai hubungan dengan manusia, pelakon drama #SisCuba ini turut berkongsi berkenaan dengan menjaga aib diri sendiri dan orang lain.

Kita kena jaga aib manusia lain sebabnya diri kita pun tak sempurna. Kalau ada kisah lampau yang sangat memalukan, kita doa supaya Allah tutup aib kita.

Syifa Melvin

Pelakon

"Saya juga nak bercakap mengenai aib. Kita kena jaga aib manusia lain sebabnya diri kita pun tak sempurna. Kalau ada kisah lampau yang sangat memalukan, kita doa supaya Allah tutup aib kita.

"Tapi itu tidak bermaksud kita boleh buka aib orang lain pula. Untuk apa kita nak buat macam itu? Untuk jejaskan reputasi dia dengan niat tak betul.

"Bila dah buat dan penerima rasa benda itu dah melampau, dia pula nak balas benda yang sama. Jadi, bila kita jaga aib orang, sudah tentu orang akan jaga aib kita juga," ujarnya.

Syifa Melvin

Artikel Lain