PELAKON Azhan Rani berkata peluang mengikuti ekspedisi pendakian ke Everest Base Camp (EBC), Nepal, baru-baru ini mengajar dirinya lebih bersyukur. Menurut Azhan, 43, pelbagai dugaan dan pengalaman diperoleh sepanjang pendakian yang telah membuka mata mengenai nikmat kehidupan. "Apa yang saya dapat sepanjang pendakian itu ialah insaf! Di sini kita hidup bermewah sedangkan di sana hidup bercatu, orang ramai mungkin hanya nampak keindahan puncak, tapi kami pendaki melalui pelbagai cabaran yang menginsafkan. ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani tak lupa ulam petai daki Everest Base Camp, “Petai di mana saja... rare bang!” ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani jual bantal? Netizen kata; “Mentang-mentang Ustaz Hamadi tengah up” "Bayangkan di puncak sana air mineral pun mahal, apatah lagi kalau nak oksigen pun perlu bayar. Satu tong oksigen untuk kegunaan satu jam bernilai hampir US$ 178 (RM745). Kita di sini tak perlu bayar oksigen yang disedut! "Sampaikan nak cari tandas pun susah, terpaksa membuang air di semak dan menggunakan batu untuk mencuci, mujurlah perut tak meragam! Itu semua kita terpaksa lalui sebab tiada pilihan lain," katanya kepada mStar. Azhan kagum dengan masyarakat setempat yang hidup harmoni dan bahagia dengan kasih sayang. Azhan ditemui semasa tayangan filem Motif yang diadakan di MM Cineplex, eCurve, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. Pelakon drama Nur ini memulakan ekspedisi tersebut pada 31 Ogos lalu, bergerak ke puncak Kala Patthar pada 9 September, berjaya sampai ke Base Camp pada 10 September dan pulang ke Malaysia pada 17 September lalu. Alhamdulillah, misi berjalan lancar dan saya menerima satu pengalaman baharu yang tak mungkin saya lupakan dalam hidup! AZHAN RANI Pelakon Sementara itu, Azhan berkata dia tersentuh hati melihat kehidupan masyarakat yang tinggal di kawasan pergunungan yang begitu kaya dengan kasih sayang. "Mulanya saya ingat mustahil orang boleh duduk di sepanjang perjalanan ke puncak tapi sebenarnya ada beribu-ribu orang yang menetap di situ. "Kita mungkin nampak kesusahan mereka, tapi saya melihat sisi lain iaitu kebahagian mereka bersama keluarga, boleh bergurau-gurau dan melalui kehidupan yang tenang. Barisan pelakon filem Motif. "Itu antara yang menginsafkan saya. Alhamdulillah, misi berjalan lancar dan saya menerima satu pengalaman baharu yang tak mungkin saya lupakan dalam hidup," ujarnya. Bercakap mengenai filem Motif, ia mengisahkan mengenai seorang gadis belasan tahun yang mati dalam keadaan misteri dan penuh tragis. Selain Azhan, filem ini turut dibintangi oleh pelakon hebat lain antaranya Datuk Rosyam Nor, Sharifah Amani, Iedil Dzuhrie Alaudin, Taqim Zaki dan Emma Tosh. Filem arahan Nadiah Hamzah ini bakal ditayangkan di pawagam mulai 26 September ini.