suria

“Kadang-kadang iman tak kuat... ada tersembul sikit” - Wann selesa tutup rambut dengan selendang

Wann dalam proses untuk mengenakan hijab sepenuhnya.

PENYANYI popular era 1990-an, Wann mengakui lebih selesa dengan imej berselendang bagi menutupi sebahagian kepalanya.

Menurut Wann, 49, dia perlu mengambil masa bagi mendidik diri untuk menutup aurat kerana bimbang perubahan imej itu bakal memberi kejutan kepadanya.

"Saya rasa dah sampai waktunya untuk saya mulakan (pakai tudung) secara perlahan-lahan. Saya takut kalau tak mula daripada awal nanti kita akan terkejut.

ARTIKEL BERKAITAN: Wann Bossanova kembali 'meneran', Ramli MS cabar penyanyi veteran - “Saya tunggu bunyi mahal daripada mereka dalam GV6

"Sejujurnya sudah empat tahun saya dengan imej begini. Apabila keluar ke mana-mana, saya tutup dengan selendang... kalau tiada selendang saya rasa janggal juga.

Wann lebih selesa berselendang.

"Dalam tempoh itu pun kadang-kadang iman tak kuat... ada juga tersembul sikit. Tapi selepas itu saya istighfar banyak-banyak," katanya kepada mStar.

Mengakui sudah terbiasa dengan teguran netizen, Wann bagaimanapun berkata dia enggan melihat perkara itu sebagai sesuatu yang negatif.

Kata Wann, ia mungkin ujian untuk dia menjadi lebih baik selain berharap peminat dapat mendoakan yang terbaik untuknya.

"Daripada awal-awal saya mula menyanyi saya sudah terbiasa dengan kecaman netizen.

Barisan 13 peserta program Gegar Vaganza musim keenam (GV6).

"Tipulah kalau cakap saya tak pernah terasa. Tapi saya terima nasihat mereka. Mungkin ia sebahagian ujian buat saya.

"Cuma yang saya harap peminat dapat doakan yang terbaik sebab tahun depan pun umur dah 50 tahun," ujarnya.

Wann yang terkenal dengan lagu berjudul Bossanova merupakan salah seorang daripada 13 peserta yang bakal bertanding dalam program realiti nyanyian iaitu Gegar Vaganza 6 yang akan memulakan siarannya bermula 13 Oktober ini selama lapan minggu.

Musim terbaharu ini memperlihatkan peserta wanita terdiri daripada penyanyi terkenal era 1990-an iaitu Wann, Noorshila Amin, Feeza, Mazleela dan Nurfatima.

Manakala peserta lelaki pula iailah Sham Visa, Naqiu Boboy, Roy, Hady Mirza, Ameer Sofazr dan Jatt Black Dog Bone.

View this post on Instagram

Peserta ke 12, Wann. #mstaronline #gv6 #mstarxs

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Wann, Gegar Vaganza 6

Artikel Lain