PELAKON Abby Abadi berkongsi perkembangan anaknya yang dilahirkan pra matang, Muhammad Danial Firman Faizal kini berada dalam keadaan kritikal. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 42, berkata, bayi lelaki yang berusia 11 hari itu hanya bergantung pada mesin untuk bernafas. ARTIKEL BERKAITAN: “Syukur... pendarahan paru-paru dah tak ada” - Abby Abadi dibenarkan pulang, suami kongsi nama penuh 'Baby D' "Pendarahan, paru-paru tak kuat dan yang terbaru baby Danial sudah 90 peratus bergantung pada mesin untuk bernafas. "Maksimum sudah penggunaan mesin untuk baby seusia Danial. Jadi memang keadaannya sangat kritikal, malam ni jangan pergi jauh-jauh la ya... kata doktor," ujarnya. Abby berkata, bayi yang dilahirkan seberat 535 gram itu hanya berpeluang tipis untuk hidup. Abby berkahwin dengan Faizal pada 14 Ogos 2015. Bagaimanapun, Abby dan suaminya Faizal meminta orang ramai untuk terus mendoakan keadaan anaknya itu. "Sayu dengar bila doktor cakap macam tu tapi dari awal pun beberapa orang doktor cakap point yang sama juga, 50-50 peluang untuk hidup sebab baby Danial lahir dalam keadaan yang sangat tidak bersedia. "Mohon teruskan doa untuk baby kami ya. Hanya doa boleh ubah takdir dia," ujarnya. Sebelum ini, anak Abby menunjukkan perkembangan positif selepas dimaklumkan tidak lagi mengalami pendarahan dalam paru-paru. Mohon teruskan doa untuk baby kami ya. Hanya doa boleh ubah takdir dia. ABBY ABADI PELAKON Muhammad Danial Firman merupakan hasil perkongsian hidup dengan Faizal Zakaria itu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh selepas dilahirkan pada 27 September lalu. Pasangan yang berkahwin pada 14 Ogos 2015 itu turut mempunyai dua angkat, MuhammadDaiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia. Abby juga mempunyai tiga orang anak, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11, hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu dengan pelakon Norman Hakim.