suria

12 peserta berentap rebut wang tunai RM10,000 di KiraOke Suria

Ernie Zakri, Amylea, Hazama dan Eddie Hamid menjadi juri pertandingan akhir KiraOke Suria.

SERAMAI 12 finalis bakal bertanding merebut gelaran juara KiraOke Suria yang bakal berlangsung di Mydin 2 Seremban, Negeri Sembilan pada Sabtu ini.

Pemenang utama bakal membawa pulang sebahagian daripada wang tunai RM10,000, selain sebuah hamper tajaan Mydin.

Kesemua peserta yang bakal berentap di pentas akhir ini merupakan pemenang tempat pertama hingga ketiga menerusi pertandingan KiraOke Suria yang dianjurkan di empat lokasi konsert Karisma Jelajah Suria pada September lepas.

Karisma Jelajah Suria sebelum ini berjaya mencatatkan lebih 18,000 jumlah tontonan di platform Facebook Suria.

Bakal finalis yang akan berentap dalam pertandingan akhir KiraOke Suria.

Peserta yang mewakili Zon Tengah ialah Nur Hazikah Hanafi, Rosiah Baharuddin dan Nabilah Mohammad, manakala Zon Utara diwakili oleh Muhammad Hanizam Azman, Noor Intan Ishak dan Muhammad Hafiz Mohd Jamal.

Zon Selatan pula diwakili oleh Amir Sidiq Khairi, Shazzana Samah dan Nur Farhana Zaidi, manakala Zon Pantai Timur diwakili oleh Suzana Mohammad Akhiyar, Khairulanwar A Shukor dan Nor Umairah Izzati Mohd.

Peserta akan diadili artis popular Ernie Zakri, Amylea, Hazama dan Eddie Hamid.

Pengunjung yang hadir bukan sahaja dapat menyaksikan pertandingan tersebut malah berpeluang untuk beramah mesra dan berhibur bersama penyampai radio Suria, Fizi Ali, Feeya Iskandar, Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya dan DJ Lin.

Untuk peminat dan pendengar yang tidak dapat hadirkan diri ke lokasi pertandingan akhir KiraOke Suria di Mydin Seremban 2, dapatkan ‘Live Update’ menerusi media sosial Facebook dan Instagram Suria Malaysia.

KiraOke Suria, RM10, 000

Artikel Lain