suria

“Semalam Kak Ella DM minta nombor dan pagi ini...” - Nora Danish nyaris hilang 6.3 juta pengikut selepas beri nombor telefon kepada 'Ella'

Nora mendedahkan akaun Instagram milik Ella telah digodam pihak tidak bertanggungjawab.

RATU rock Malaysia, Ella menjadi mangsa terbaharu pihak tidak bertanggungjawab apabila akaun Instagram miliknya digodam sejak dua minggu lalu.

Perkara itu disedari selepas akaun Instagram milik aktres jelita Nora Danish hampir menerima nasib yang sama sejurus memberi nombor telefon kepada individu yang menggunakan Instagram Ella itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nedim terlalu bimbang, isteri pula pelupa!” - Nora Danish akui rimas ditemani pengawal peribadi

ARTIKEL BERKAITAN: Ella nak derma Dolce & Gabbana untuk pelarian Palestin

Nora Danish mendedahkan akaun Instagram milik Ella telah digodam.

"Semalam saya hadir ke sebuah majlis dan berjumpa kak Ella, bintang rock lagenda. Saya pasti semua kenal kak Ella. Saya suka dia dan dia sangat cantik. Jadi saya ambil video kak Ella di Insta Story dan tagged Instagram dia.

"Kemudian kak Ella DM dan minta nombor Whatsapp saya... pagi ini saya dapat mesej daripada Instagram! Dalam mesej itu mengatakan saya ada memuat naik sesuatu berkaitan keganasan dan akaun saya akan ditutup.

"Saya tekan link berkaitan dan nasib baik telefon saya seperti tersekat seketika. Jadi saya sempat berfikir kenapa Instagram menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp dan bukannya melalui email? Saya terus teringat siapa yang minta nombor saya semalam. Ianya Kak Ella!" tulisnya.

Instagram peribadi milik Nora Danish juga nyaris digodam individu sama.

Menyedari mengenai perkara aneh itu, dia membuka semula akaun Instagram Ella dan menyedari akaun penyanyi itu telah digodam apabila memuat naik beberapa keping gambar wanita berpakaian seksi.

Selain itu, Nora yang mempunyai 6.3 juta pengikut meminta rakan artis lain lebih berhati-hati.

"Jadi saya buka balik mesej itu dan lihat akaun Instagram kak Ella, baharu saya sedar akaunnya telah digodam.

"Jom kita ramai-ramai unfollow akaun @ellaaminuddin dan follow akaun baru Ella iaitu @ellaaminuddins.

Dalam pada itu, hasil semakan mStar mendapati akaun Ella yang digodam itu telah berkongsi nombor telefon Nora bersama alamat IP miliknya.

Nora Danish, Ella Aminuddin

Artikel Lain