suria

Empat bulan kunci mulut elak dugaan, Fara Hezel bertunang dengan ahli perniagaan dari Terengganu

Fara Hezel mengikat tali pertunangan bersama seorang usahawan dari Terengganu pada 6 Julai lalu.

PENYANYI Fara Hezel mengambil masa empat bulan untuk mendedahkan ikatan pertunangan dengan ahli perniagaan dari Terengganu iaitu Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin berikutan bimbang dugaan bertunang.

Menurut Fara atau nama sebenarnya Nurfaraazira Yusri, 23, berkata, dia dan lelaki pilihannya itu mengikat tali pertunangan dalam majlis sederhana yang berlangsung secara tertutup pada 6 Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nanti dah puas enjoy baliklah ke pangkal jalan” - Teguran Fara Hezel buat seseorang

ARTIKEL BERKAITAN: “Dua bulan bersedih, berkurung dalam bilik” - Rancangan bertunang tidak menjadi, Fara Hezel putus cinta

"Sebenarnya saya bertunang dengan Kamal selepas Hari Raya Aidilfitri, namun kami buat keputusan untuk tidak berkongsi mengenai perkara itu sebab kami anggap ia sebagai proses mengenali.

"Saya takut hubungan dilanda dugaan, bila dah betul-betul hampir dengan tarikh nikah ini barulah saya berani untuk buka mulut," kata kepada mStar.



Fara bersama tunangnya, Tengku Kamal.

Fara berkata, dia mengenali Kamal ketika menjayakan sebuah persembahan di Terengganu kira-kira tiga tahun lalu.

Katanya, kesungguhan yang ditunjukkan lelaki itu membuatkan dia yakin dan menerima lamaran untuk berumah tangga.

"Saya kenal dia (Kamal) sudah tiga tahun tapi kami mula serius pada April lalu kemudian dia terus meluahkan hajat untuk masuk meminang," ujarnya

Saya kenal dia sudah tiga tahun tapi kami mula serius pada April lalu kemudian dia terus meluahkan hajat untuk masuk meminang.

FARA HEZEL

Penyanyi

Fara berkata, kedua-dua belah pihak keluarga setuju untuk melangsungkan majlis pernikahan pada Disember depan. 

Dia juga merancang untuk mengadakan tiga majlis persandingan iaitu di rumah keluarganya di Kuala Kubu Bharu, pihak lelaki di Kuala Terengganu dan sebuah lagi di Magika, Subang.

Fara Hezel, bertunang

Artikel Lain