suria

Usaha mencari Pitt Hanif sedang giat dijalankan - “Pitt, nyawa awak kat sini menunggu awak”

Farah masih menunggu berita mengenai suaminya yang hilang ketika memancing di Sungai Mela.

KEHILANGAN pengarah filem Pitt Hanif ketika memancing di Sungai Mela, Kuala Lipis sejak pagi Sabtu masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Menerusi laman sosial isterinya, Farah Ahmad berkata, mereka masih setia menunggu berita perkembangan misi pencarian pengarah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia memancing bersama kawan, dapat ikan dan selepas itu...” - Bot terbalik, anak Fauziah Nawi dikhuatiri lemas

"Pitt, nyawa awak kat sini menunggu untuk awak. Semua pakai baju dan jaket topi awak. Teruskan berdoa, teruskan berharap secara positif untuk keajaiban.

"Hanya Allah yang mengetahui. Kami perlukan awak untuk jadi superhero kami," tulis Farah di Twitternya pada Ahad.

Isteri dan anak-anak Pitt masih setia menunggu.

Sebelum ini, Pitt atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohamad Hanif dan jurukamera Sham Mokhtar menaiki sebuah bot untuk memancing selepas menamatkan penggambaran sebuah filem pada pukul 9 Pagi.

Menurut seorang kru produksi filem Coast Guard memberitahu kejadian pukul 11 pagi itu disaksikan isteri jurukamera Sham Mokhtar.

Jurukamera filem itu dapat menyelamatkan diri dan Pitt dikatakan cuba berenang selepas bot yang dinaiki terbalik namun gagal ditemui.

Dilaporkan sehingga kini usaha pencarian sedang giat dilakukan oleh pasukan keselamatan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor berkata, mangsa dipercayai dibawa arus deras.

Kali terakhir Fauziah menghubungi anaknya pada Khamis lalu.

Operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam radius tiga kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang iaitu berdekatan Jambatan Gemenchur, Mela.

Dalam pada itu, ibu kepada Pitt yang juga pelakon Fauziah Nawi memberitahu kali terakhir dia menghubungi anaknya itu pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini dia tidak mempunyai butiran lanjut mengenai apa yang terjadi pada anaknya itu. 

"Kali terakhir saya hubungi dia pada Khamis. Sehingga hari ini, masa belum ada sebarang berita dan saya tidak ada maklumat lanjut mengenai apa atau punca apa yang terjadi pada dia," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Pitt Hanif, Fauziah Nawi

Artikel Lain