LUAHAN penyanyi Naim Daniel mengenai kesukaran hidup sebagai seorang anak seni menimbulkan kebimbangan peminat yang beranggapan dia sedang kecewa dan tertekan dengan industri hiburan. Menjelaskan mengenai kapsyen yang ditulis itu, Naim, 22, berkata perkongsiannya itu bersifat umum dan sekadar penulisan biasa untuk tatapan pengikut di Instagram. "Selepas saya muat naik kapsyen itu, ramai peminat yang mesej dan bertanya adakah saya dalam keadaan okay? Ya! Saya okay sahaja dan bukannya kecewa atau tengah bersedih. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih nafi cinta tidak direstu keluarga dalam lagu ‘Sumpah’, Naim Daniel mohon maaf pada ibu Dayana ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel tak malu muka berjerawat, sedar diri tak kacak - “Masalah hormon itu adalah perkara biasa” "Saya jarang berkongsi emosi dan perasaan di media sosial, cumanya selepas buat satu persembahan di Puncak Alam, saya sedar yang bukan senang nak cari duit, jadi kapsyen itu sekadar bercerita mengenai kehidupan sebenar seorang penghibur. "Itu hanya luahan biasa... saya nak beritahu kepada semua kita sebagai anak seni ini juga manusia biasa, kita pun rasa susah, ada hati dan perasaan sama macam orang lain! Tidak semua indah bila bergelar artis," katanya kepada mStar. Sokongan peminat buatkan Naim kuat! Pada Isnin lalu, Naim menulis luahan hati seolah-olah kesal dan kecewa dengan tanggapan segelintir masyarakat terhadap kehidupan artis terutama penyanyi. "Nasib awaklah, penghibur. Awak ada masalah sebelum show, orang tak peduli. Orang cuma tahu nak berhibur. Kalau awak terlepas pandang seorang peminat, dibilangnya angkuh. Awak tak boleh buat silap ya. Jangan sekali. "Sebab orang akan lupa segala satu benda manis yang pernah awak kerjakan. Kalau ada rezeki lebih, siap kena kecam di laman sosial. Orang beranggapan awak kalis makian, memang menjadi bahan punching bag mulut masyarakat, sampaikan makan minum, bangun tidur awak pun sering terfikir apa orang akan kata," luahnya. Perkongsian Naim di Instagram mengundang tanda tanya pengikut. Kapsyen yang dikongsi Naim itu menerima pelbagai komen daripada peminat dan rakan artis. Bersama kapsyen tersebut, penyanyi lagu Sumpah ini turut memuat naik foto dirinya mengenakan kostum dan mekap dalam watak Joker. Saya diberi pengikut yang sentiasa memberikan semangat, kata-kata sokongan dan tidak memandang saya sebagai artis, tetapi sebagai seorang manusia! NAIM DANIEL Penyanyi Sementara itu, Naim berkata luahannya itu turut menerima maklum balas positif daripada pengikut sehinggakan ada yang memuat naik semula kapsyen tersebut di laman sosial. "Sebenarnya, apa yang saya kongsi itu bukan tentang diri saya sahaja, malah ada juga orang lain yang repost kapsyen tersebut. Naim aktif menjayakan persembahan pentas. "Walaupun mereka bukan penghibur tapi mereka merasakan benda yang sama dan alami kesukaran serta pahit getir berdepan kehidupan yang ada pasang surutnya. "Alhamdulillah, saya diberi pengikut yang sentiasa memberikan semangat, kata-kata sokongan dan tidak memandang saya sebagai artis, tetapi sebagai seorang manusia," katanya. Bercakap mengenai karier seni, selain sibuk menjayakan persembahan pentas, Naim memaklumkan dia kini sedang menjalani penggambaran telefilem terbaharu berjudul Kerana Dia Aku Menangis. Telefilem arahan Kabir Bhatia itu akan bersiaran di Astro First tidak lama lagi.