VOKALIS kumpulan Boboy iaitu Naqiu mendedahkan pernah berdepan situasi cemas apabila dirinya hampir ditikam kekasih seorang peminat wanita sekitar tahun 2001. Pemilik nama Wan Naqiuddin Mohd Najib, 33, bernasib baik kerana ketika itu dia sempat diselamatkan pengawal peribadi yang menjaganya ketika kejadian itu. Selain itu, Naqiu juga berkongsi peristiwa ngeri apabila peminat menggelar pergelangan tangan selepas dia selesai membuat persembahan di Sabah sekitar tahun yang sama. ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai cakap macam K-Pop... tapi saya suka style ini” - Imej Naqiu dikritik seperti Iqram Dinzly "Kita dulu menjadi kegilaan perempuan sehinggakan ada teman lelaki peminat yang terlalu cemburu nak tikam saya tapi mujur terkena badan pengawal peribadi. Naqiu dedah pernah hampir ditikam dan peminat kelar tangan depannya. "Nasib baik pengawal peribadi saya itu selamat selepas dimasukkan ke hospital. Rasa-rasanya, sekitar tahun yang sama juga saya berhadapan dengan insiden yang mengejutkan. "Habis saja buat persembahan, keluar dari pintu Fun Fair ada peminat wanita kelar tangan sambil menjerit nama saya. Masa itu, macam-macam yang saya fikir. "Kenapa dia buat macam itu, nak kata bekas kekasih saya, tidak pun dan tak ada pula saya berbuat sesuatu pada dia," kata Naqiu kepada mStar. Selain Naqiu, kumpulan yang dianggotai oleh Shah (gitar), Muz (gitar kedua), Didie (bass) dan Acik (dram) pernah menjadi fenomena sekitar tahun 2001. Habis buat persembahan, keluar pintu Fun Fair ada peminat wanita kelar tangan sambil menjerit nama saya. NAQIU Vokalis kumpulan Boboy Kemunculan Naqiu yang ketika itu baru saja berusia 16 tahun menjadi kegilaan peminat wanita disebabkan suaranya seakan vokalis kumpulan New Boyz iaitu Tomok. Dalam pada itu, peserta program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) ini memberitahu isterinya yang dikenali sebagai Hani tidak pernah menyukai kumpulan Boboy. Menurut Naqiu, Hani pada awal perkenalan mereka tidak mengetahui mengenai dirinya merupakan vokalis kumpulan itu disebabkan penampilan yang berbeza. "Kalau nak tahu, sebenarnya isteri saya paling tak suka kumpulan Boboy. Masa kami mula-mula kenal, dia tak tahu yang saya ini vokalis Boboy disebabkan penampilan saya. Isteri Naqiu bukan peminat kumpulan Boboy. "Waktu itu kami kenal, rambut saya panjang dan ada simpan misai dan jangut. Dia tahu pun bila ibu mertua saya yang perasaan dan tegur. "Tapi sebab dah kenal dan sayang, nak tak nak dia kena terima saya la juga," ujarnya sambil berseloroh. Naqiu dan pasangan dikurniakan dua anak perempuan dan tiga lelaki berusia antara 11 bulan dan tujuh tahun.