suria

“Ego pernah membunuh saya... itu bukan perkara yang baik” - Sham Visa tak pernah terfikir kembali ke dunia glamor

Sham mendedahkan tidak pernah terfikir untuk meninggalkan kerjaya di pelantar minyak yang dimilikinya sebelum ini.

SALAH seorang peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Sham Visa mendedahkan dia tidak pernah terfikir akan meninggalkan kerjaya di pelantar minyak untuk kembali semula ke dunia hiburan tanah air.

Sham atau nama sebenarnya Rohisham Hashim, 47, berkata, pengalamannya melalui dunia glamor membuatkan dia berasa bimbang andai tersilap langkah pada kemunculan semulanya kali ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramli MS kata Sham Visa tak cukup ‘jantan’ - “Mungkin tenaga dah tak macam orang muda lagi”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak buat pembedahan untuk nampak seiras Iron Man” - Sham Visa digelar Tony Stark Malaya

"Asalnya saya tak terfikir untuk meninggalkan kerjaya yang saya dah ada sebelum ini. Saya dah ada freedom sehinggalah Mindorder memujuk saya untuk menyertai Gegar Vaganza.

Sham merupakan vokalis kumpulan Visa yang popular dengan lagu Dalam Gerimis.

"Yalah... menjadi seorang artis tidak mudah dan tidak murah. Saya pernah merasakan dunia glamor itu dan mungkin pernah trauma dengan itu kerana menjadikan saya seorang yang tidak baik, bukan dari segi perbuatan tetapi pemikiran. Ego pernah membunuh saya... itu bukan perkara yang baik dan kali ini saya pastikan tidak mengulangi perkara itu," ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Dalam Gerimis ini berkata, dia bagaimanapun terkejut apabila kehadiran semula dalam industri seni selepas hampir 13 tahun meninggalkannya masih diterima peminat.

Perkara itu membuatkan dia berasa bimbang sekiranya peminat menaruh harapan yang terlalu tinggi buatnya.

Ego pernah membunuh saya... itu bukan perkara yang baik dan kali ini saya pastikan tidak mengulangi perkara itu.

SHAM VISA

PENYANYI

"Fighting spirit... I'm still working on it. Harapan yang mereka letakkan terlalu tinggi dan saya tak pernah menyangka saya boleh pergi sejauh itu. Sebenarnya saya ini biasa-biasa saja.

"Bayangkan saya tak pernah menyanyi di rumah. Bukan sebab saya kecewa tetapi sepanjang di rumah, isteri dan anak-anak tak pernah dengar langsung saya menyanyi.

"Untuk satu-satu orang yang dah 'hilang', saya tak pernah sangka boleh pergi sejauh ini. Dah hampir 15 tahun, saya tak jangkakan orang masih terima saya," katanya yang pernah bekerja di pelantar minyak tidak lama dahulu.

Sham antara sembilan penyanyi yang terpilih untuk meneruskan perjuangan di pentas Gegar Vaganza musim keenam (GV6) mengalahkan kumpulan Kool yang tersingkir pada minggu keempat Ahad lalu.

Sham Visa, Gegar Vaganza

Artikel Lain