suria

“Saya dah biasa hidup susah, setiap masalah ada hikmah” - Hady Mirza

Hady enggan meletekkan dirinya dalam keadaan tertekan apabila berada di rumah.

PENYANYI Hady Mirza memberitahu biarpun berhadapan dengan masalah, dia sentiasa positif dan bersyukur dengan rezeki yang diterimanya kini.

Menurut Hady, 39, dia tidak mahu memikirkan perkara negatif kerana enggan meletakkan dirinya dalam keadaan tekanan apabila di rumah.

"Awak bayangkan kita dalam program Gegar Vaganza ini diberikan penginapan percuma, perhatian, band, peluang, temu bual dengan media dan macam-macam lagi.

"Kenapa kita perlu rasa tak bersyukur lagi. Lagipun saya dah biasa hidup susah, jadi kalau ada masalah pun kena anggap ada hikmah lain.

Hady mahu sentiasa bersikap positif.

"Kena sentiasa bersyukur dan positif. Takkan tekanan nak bawa balik rumah. Kita nak balik rumah boleh berborak dengan keluarga tentang perkara lain," katanya kepada mStar.

Penyanyi berasal daripada Singapura ini kini masih bersaing dalam program realiti Gegar Vaganza musim keenam (GV6).

Dalam pada itu, Hady mengakui banyak perubahan yang berlaku pada dirinya semenjak menyertai pertandingan tersebut.

Jumlah pengikut di IG naik secara mendadak sejak menyertai GV.

"Alhamdulillah, sejak GV ini saya melihat jumlah pengikut di Instagram saya pun naik secara mendadak. Bagi saya, ia satu peluang membuka rezeki untuk saya.

"Selain itu, saya banyak juga terima DM (mesej) memberi kata-kata semangat membuatkan saya seronok membalas setiap satu.

"Tapi kalau ada mesej yang seakan-akan ingin berlebihan, saya hanya akan membiarkan sahaja," ujarnya.

Hady Mirza, GV6

Artikel Lain