suria

Naqiu Boboy pilih kasih? - “Saya dahulukan ahli kelab peminat, takkan saya nak kena ambil gambar dengan semua?”

Naqiu terguris hati terhadap kata-kata kesat yang dilemparkan terhadapnya.

MUNGKIN tidak biasa dengan sikap segelintir netizen, vokalis kumpulan Boboy iaitu Naqiu mengakui terguris dengan cacian yang dilemparkan terhadapnya secara terbuka di media sosial.

Cerita Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib, 33, dia dicaci gara-gara didakwa tidak mengendahkan beberapa orang peminat yang sudah menunggu lama untuk bergambar dengannya.

Namun jelas Naqiu, dia terpaksa mendahulukan ahli kelab peminatnya iaitu Naqiurious yang mengeluarkan sejumlah wang untuk menyertai sesi bertemu peminat pada minggu ketiga Gegar Vaganza lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tok Ram ‘malas’ cakap banyak, Feeza buat hal lupa lirik - “Apabila seseorang itu sedang jatuh, saya tak akan hentam lagi”

ARTIKEL BERKAITAN: Begini nasib Muz Boboy, isteri meninggal ketika tidur - “Anak kejutkan dia tak bangun, saya check nadi dah tiada... badan pun sejuk”

"Ia terjadi dua minggu lepas, saya memang ada sesi bertemu peminat di parking. Memang kami yang anjurkan, kesemua mereka mendaftar dan ada membership card dengan pihak pengurusan saya.

"Jadi selepas selesai sidang media, saya dahulukan ahli kelab peminat saya. Apabila dah hujung-hujung, saya pun dah penat ketika itu. Ada fans lain yang bukan ahli kelab minta bergambar.

"Jujur saya tak reject semua mereka. Masa berjalan dari tempat pertemuan dengan Naqiurious sebelum ke kereta, saya masih sempat melayan mereka (bukan ahli berdaftar) untuk bergambar. Tapi ada yang tak sempat. Masa tu pun saya dan pihak pengurusan sampai dah kena sound dengan pengawal keselamatan sebab parking dah nak tutup," ujarnya kepada mStar.

Antara komen yang ditinggalkan peminat terhadap Naqiu.

Bercerita lanjut Naqiu berkata, dia bagaimanapun tidak menyangka individu berkenaan akan bertindak hingga mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Malah, Naqiu menjelaskan dia tidak berniat untuk mengecewakan peminatnya yang sudah menunggu lama pada malam itu.

"Tiba-tiba ramai orang share beberapa status di media sosial dan tanya adakah mereka ini bercakap mengenai saya?

"Namun bagi saya ia lumrah... saya tak dapat nak layan semua orang. Kalau ada 2,000 orang depan mata, takkan saya nak kena ambil gambar dengan semua mereka dalam masa satu jam? Kalau mereka menghantar DM kepada saya pun, saya tak pernah lagi tak reply mereka setakat ini.

Saya terpaksa dahulukan Naqiurious kerana mereka ini sanggup membeli apa sahaja produk yang kami keluarkan.

NAQIU BOBOY

Penyanyi

"Saya tak dapat nak puaskan hati semua walaupun saya nak ia begitu. Mereka perlu faham, saya terpaksa dahulukan Naqiurious kerana mereka ini sanggup membeli apa sahaja produk yang kami keluarkan," ujarnya.

Selain itu kata Naqiu, dia bimbang sekiranya tindakan biadab seperti itu mampu mencalarkan imejnya sebagai seorang bapa dan suami.

"Sejujurnya saya tak mahu perbesarkan perkara ini, tapi penggunaan perkataan h***t tu buat saya terguris.

"Saya kena protect benda macam ni sebab ia akan mencalarkan orang yang ada di belakang saya iaitu anak dan isteri. Saya akan fight!" ujarnya.

Tambah Naqiu, dia juga mengenali dengan rapat indidivu yang melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.

Naqiu memberi keutamaan kepada Naqiurious.

Dia bagaimanapun menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk menyelesaikan perkara itu.

"Saya tahu dan saya sudah lama mengenali individu terbabit malah saya tak pernah nak remove dia daripada Instagram saya. Sebelum saya masuk GV, sebelum saya comeback lagi. Malah saya masih like komen-komen dia. Sebab saya taknak bermusuh. Cuma saya kecil hati dengan perkataan makian itu.

"Apapun, saya anggap ia salah satu pengajaran untuk saya... mungkin saya kena lakukan sesuatu mengenainya selepas ini. Mungkin nak kena rancang aktiviti untuk peminat saya.

"Daripada apa yang saya dengar, ada yang telah membuat permohonan maaf. Saya juga nak minta maaf kepada individu itu dan saya akan cuba untuk elakkan benda sebegini terjadi lagi," katanya.

Naqiu Boboy, peminat, GV6

Artikel Lain