suria

Berdepan ujian, Hafreez minta doakan hubungannya dengan Zara Zya - “Kalau tidak kerana dugaan takkan saya unfollow dia”

Hafreez berharap semua orang mendoakan yang terbaik untuk mereka.

PELAKON Hafreez Adam memberitahu ada sebab dia membuat keputusan untuk berhenti mengikuti akaun Instagram tunangnya yang juga aktres Zara Zya.

Hafreez, 29, bagaimanapun, berkata dia tidak mahu berkongsi lebih lanjut berkenaan situasi hubungan mereka kerana perlu menjaga hati banyak pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan pertunangan Hafreez Adam, Zara Zya diganggu pihak ketiga - “Dua tahun berkawan tiada pula yang kacau”

"Ada sebab kenapa saya unfollow dia dan tipu la kalau saya cakap tak ada dugaan. Kalau tak ada dugaan, takkan saya unfollow dia kan.

"Antara sebab kenapa saya buat itu supaya nak elakkan banyak masalah dan cerita kurang enak. Selebihnya, buat masa sekarang saya tak boleh nak komen lebih.

Hafreez dan Zara masih menghubungi satu sama lain.

"Sukar untuk saya berkongsi sekarang sebab banyak hati saya nak kena jaga. Cuma untuk tidak merumitkan keadaan lebih baik kami selesaikan dahulu apa yang patut," katanya kepada mStar.

Menerusi laporan mStar pada 30 November lalu, Hafreez mendedahkan ada individu yang cuba menganggu hubungan pertunangannya dengan Zara.

Terbaru, pelakon drama bersiri Gantung ini turut mengakui nekad untuk tidak lagi mengikuti akaun laman Instagram tunangnya bagi mengelakkan banyak masalah.

Dalam pada itu, Hafreez memberitahu biarpun dilanda dugaan namun dia dan Zara masih lagi menghubungi satu sama lain.

Tapi bagi saya, benda yang jadi bukan salah sesiapa pun, cuma fasa untuk kami lebih kenal dan faham satu sama lain.

HAFREEZ ADAM

Pelakon

Menurutnya, dia dan Zara menganggap apa yang terjadi dalam hubungan mereka itu sebagai ruang untuk mereka mematangkan diri masing-masing.

"Saya dan Zara masih lagi berhubung satu sama lain. Tak ada la sampai tak berhubung. Secara positif, kami anggap ini ruang untuk mematangkan diri masing-masing.

"Hidup ini banyak dugaan dia dan ini salah satu dugaan kami. Cuma, kami perlu positif harungi benda ini dan tak boleh negatif.

"Tapi bagi saya, benda yang jadi bukan salah sesiapa pun, cuma fasa untuk kami lebih kenal dan faham satu sama lain. Paling penting, saya minta semua orang doakan yang terbaik untuk kami," ujarnya.

Hafreez dan Zara rancang kahwin pada Oktober tahun hadapan.

Hafreez mengikat tali pertunangan dengan Zara pada 12 Oktober lalu dalam sebuah majlis tertutup di Sungai Buloh, Selangor.

Sebelum itu, Hafreez dan keluarganya telah merisik pelakon itu pada 8 September lalu.

Pasangan yang mula berkenalan ketika membintangi drama Mona Lisa pada 2017 itu pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun lalu, namun komitmen terhadap kerja membuatkan hasrat itu terpaksa ditangguhkan.

Hafreez dan Zara dijangka akan mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun depan.

Hafreez Adam, Zara Zya

Artikel Lain