suria

“Hidup saya dah cukup lengkap” - Fouziah Gous lalui fasa bahagia pada usia 37 tahun

Fouziah bersyukur dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia.

PELAKON dan ahli perniagaan Datin Fouziah Gous menyatakan hasratnya untuk menambah bilangan cahaya mata.

Bagaimanapun, Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous berkata perkara tersebut masih dalam perancangan berikutan anak keduanya masih kecil.

"InsyaAllah, anak kalau ramai-ramai pun tak apa, tak ada masalah. Pada saya sekurang-kurangnya tiga cahaya mata. Tapi manalah tahu kalau dapat kembar.

"Sabar... tunggu yang kedua ni tidur dulu," katanya kepada mStar.

Fouziah ditemui pada majlis sambutan hari jadinya ke-37 yang berlangsung di Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur pada Khamis.

Fouziah Gous sambut ulang tahun ke 37.

Menurut Fouziah, ini merupakan pengalaman pertama dia mengadakan majlis ulang tahun untuk dirinya sendiri.

"Sepanjang hidup saya, saya tak pernah menganjurkan majlis hari jadi untuk saya sendiri. Tak kisahlah dengan keluarga atau rakan-rakan.

"Selalunya mereka yang buatkan kejutan untuk saya. Mereka yang banyak buatkan kejutan untuk saya selama ni," ujarnya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai azam tahun baharu, Fouziah berkata, dia bersyukur semua impiannya sudah pun tercapai.

Saya dah ada beautiful family, suami yang baik, anak-anak dan dikelilingi dengan orang yang baik-baik. Dah cukup lengkap.

FOUZIAH GOUS

PELAKON DAB AHLI PERNIAGAAN.

Namun, kata Fouziah, kehidupanya sudah cukup lengkap dengan keluarga dan orang sekeliling yang sentiasa memberi sokongan kepada dirinya.

"Sebenarnya, apa yang diimpikan, Allah dah bagi. Tapi biasalah, manusia mana pernah rasa cukup.

"Apa benda lagi yang saya nak? Saya dah ada beautiful family, suami yang baik, anak-anak dan dikelilingi dengan orang yang baik-baik. Dah cukup lengkap," ujarnya.

Fouziah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan iaitu Datuk Zhafran Yusof pada September 2013.

Pasangan ini dikurniakan dua orang anak Zeeshan Yusuf, 4 dan Zaheen Yusof, 2.

Artikel Lain