suria

MrKokom raih pendapatan lebih RM50,000 sebulan sebagai YouTuber - “Kami tak peduli tentang trending atau tidak!”

Mr Kokom tak bersaing dengan mana-mana Youtuber.

BERGIAT aktif sebagai Youtuber sejak 2017, personaliti media sosial, MrKokom memberitahu dia mampu menjana pendapatan lumayan menerusi video yang dimuat naik di laman tersebut.

Hasil daripada pendapatan itu, dia kini mampu mengaji 14 orang pekerja untuk melancarkan operasi syarikat pengiklanan miliknya, Cocombee Studio.

"Saya akui memang benar melalui media sosial kita boleh menjana pendapatan lumayan kerana ada banyak peluang terbuka terutamanya melalui laman Youtube.

ARTIKEL BERKAITAN: Alieff Irfan kereta, menggaji 8 pekerja kerana 1 juta pelanggan YouTube

ARTIKEL BERKAITAN: Tular sketsa dakwah isu LGBT, tapi kreatif yang tak makan diri

"Sejujurnya hasil pendapatan yang kami terima bukanlah bayaran sepenuhnya daripada Youtube semata-mata, malah ada juga hasil daripada sumbangan iklan, promosi produk (product placement) dan jualan snek jenama kami.

"Apa yang boleh saya kata, kami menjana keuntungan minimum mungkin dalam RM50,000 sebulan dan tak mustahil dapat lebih lagi bergantung pada projek video daripada pelanggan," katanya kepada mStar.

Penampilan MrKokom dalam program Berani Bangkit episod 2, Sabtu depan.

Personaliti media sosial berusia 28 tahun ini ditemui semasa sidang media siri travelog dokumentari berbentuk drama Berani Bangkit yang diadakan di Hotel Impiana, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Program Berani Bangkit merupakan dokudrama mengenai pelaburan patuh syariah dan bakal bersiaran sebanyak lapan episod di Astro Oasis setiap hari Sabtu pada pukul 9 malam.

Kami juga tak peduli tentang trending atau tidak... kerana kita tahu teknik menggunakan media sosial!

Mr Kokom

Youtuber

Ia memaparkan mengenai kisah inspirasi 16 orang peserta Asri Ahmad Academy sepanjang pembabitan mereka dalam dunia pelaburan.

Pemilik saluran Youtube MrKokom ini merupakan salah seorang peserta yang akan berkongsi langkah awal pembabitannya dalam dunia pelaburan di Malaysia.

Dalam program tersebut turut menampilkan beberapa personaliti lain termasuklah penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai konsep dan hukum menyertai pelaburan dalam Islam.

Pengasas Asri Ahmad Academy iaitu Mohd Asri Ahmad (duduk tengah) berkongsi ilmu mengenai pelaburan patuh Syariah dalam program Berani Bangkit.

Dalam pada itu, Kokom berkata dia tidak pernah merasakan dirinya bersaing dengan mana-mana Youtuber dalam menghasilkan kandungan video untuk penonton.

Tambahnya, sebagai penyedia kandungan (content creator) dia mempunyai cara tersendiri dalam meraih jumlah tontonan bagi video yang telah dihasilkan.

"Saya tak pernah bersaing dengan mana-mana Youtuber sebabnya kami ada cara tersendiri melalui teknik pengiklanan.

"Kita buat pemasaran untuk produk dari pelbagai organisasi dan syarikat, bagi kami jika matlamat yang dikehendaki oleh pelanggan atau klien tercapai sudah memadai dan membanggakan kami.

"Kami juga tak peduli tentang trending atau tidak... kerana kita ada cara atau teknik menggunakan media sosial. Selain itu, kita juga ada pelbagai platform dan terpulang pada klien nak gunakan saluran yang mereka mahu," ujarnya.

Mrkokom, Youtuber

Artikel Lain