SELEPAS mula berjinak-jinak dalam dunia pengacaraan, pelakon Lisa Surihani kini mengakui lebih selesa memberi perhatian dalam bidang berkenaan. Menurut Lisa, 34, dia lebih berminat untuk mengacara sesebuah program kerana ia platform terbaik untuk dia memperbaiki dan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu. ARTIKEL BERKAITAN: “Cantiknya Lisa!” - Nama Lisa Surihani jadi 'trending', foto bersama Siwon turut dapat perhatian ARTIKEL BERKAITAN: Nak nasihat atau sindir?- Lisa Surihani kecewa gaya Liyana Jasmay terus dikecam "Kalau boleh saya mahu meneruskan dalam bidang pengacaraan sebab saya nak memperbaiki lagi seni dan penggunaan bahasa saya. Lisa lebih gemar mengacarakan program berunsur perkongsian ilmu seperti Tanya Doktor Imelda. "Saya nak belajar menggunakan kosa kata dengan lebih tepat, penyusunan tatabahasa... memang saya nak sangat perbaiki. "Kadang-kadang dalam pertuturan kita biasanya akan campur-campur. Sebagai seorang hos, pasti saya akan belajar lebih banyak," ujarnya kepada mStar. Meskipun tidak mempunyai sebarang masalah untuk bertutur dalam bahasa Melayu, Lisa bagaimanapun mengakui penggunaan bahasa Inggeris sejak kecil membuatkan penguasaan bahasa ibundanya tidak begitu baik. "Sebenarnya dua-dua bahasa pun saya boleh... bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Cuma saya membesar dengan bertutur dalam bahasa Inggeris sehingga sekolah menengah dan ketika itu barulah saya lebih fasih dalam berbahasa Melayu. "Tapi tak adalah sampai tak reti bahasa Melayu cuma kalau boleh saya nak memperbaikinya lagi. Saya membesar dengan bertutur dalam bahasa Inggeris sehingga sekolah menengah dan ketika itu barulah saya lebih fasih dalam berbahasa Melayu. LISA SURIHANI PELAKON "Jika saya ditawarkan menjadi hos untuk program berbahasa Inggeris sekalipun, saya tetap nak memperbaiki penggunaan bahasa Inggeris juga," ujarnya. Tambah Lisa, dia juga lebih gemar dalam mempelajari perkara baharu selain minat mendalam untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama orang lain. "Paling seronok kalau saya dapat berkongsi ilmu bersama orang lain. "Alhamdulillah selepas pulang daripada umrah, saya dapat tawaran untuk bersama dengan rancangan seperti Tanya Doktor. "Saya suka rancangan yang sebegitu sebab sambil belajar, saya juga dapat berkongsi ilmu dengan yang lain," katanya.