suria

“Kerja lima bulan… bayar berbelas ribu, senang je lari” - Jasmin Hamid minta bantuan netizen kesan pembantu rumah hilang!

Jasmin mahu kesan pembantu rumah yang hilang.

PELAKON Jasmin Hamid merayu bantuan orang ramai mengesan pembantu rumahnya yang melarikan diri pada Ahad lalu.

Menurut Jasmin, 45, dia sudah membuat laporan polis dan berharap wanita warga Indonesia itu berjaya ditahan dalam masa terdekat.

"Pada masyarakat Malaysia yang prihatin, saya perlukan pertolongan anda, gunakan kuasa viral you all. Jika ada ternampak pembantu rumah saya, mohon mesej saya dengan segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang wanita terpaksa bayar ganti rugi panggil anak Jasmin Hamid bapuk

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak kena dekat muka kau, senanglah cakap!” - Jasmin Hamid disuruh bersedekah daripada bayar peguam

"Dia lari dari rumah saya pada 12 Januari pukul 7.19 malam dengan bantuan seseorang berdasarkan bukti-bukti yang saya ada.

Pembantu rumah Jasmin Hamid melarikan diri.

"Laporan polis telah pun dibuat, saya ingin beliau diberkas oleh pihak berkuasa dengan segera! Semoga Allah permudahkan segala urusan saya," katanya.

Jasmin berkongsi mengenai kehilangan pembantu rumahnya itu menerusi Instagram pada Isnin.

Bersama kapsyen tersebut, Jasmin turut menyertakan foto wanita berusia 42 tahun dikenali dengan nama Laily itu.

Dia dah bekerja selama lima bulan... dahlah mahal nak ambil maid, berbelas ribu dan senang je (dia) lari!

JASMIN HAMID

PELAKON

Sementara itu, pelakon drama Datin Wannabe ini berkata tindakan yang dilakukan oleh pembantu rumahnya itu hanya akan menyusahkan diri sendiri dan keluarga di kampung.

"Dia dah bekerja selama lima bulan... dahlah mahal nak ambil maid, berbelas ribu dan senang je (dia) lari.

"Kalau dah tak sanggup kerja, minta majikan pulangkan pada ejen... bila lari macam ni, kan dah jadi pendatang tanpa izin sebab permit kerja akan ditamatkan.

"Inilah jadinya bila kita lupa untuk bersyukur dengan rezeki Allah! Menyusahkan diri sendiri dan keluarga di kampung," ujarnya.

Jasmin Hamid

Artikel Lain