suria

Ayie Floor88 rebah lagi, pengsan ketika persembahan ‘live’ di Negeri Sembilan

Ayie dilaporkan berada dalam keadaan baik.

PERSEMBAHAN kumpulan Floor88 terpaksa dihentikan apabila vokalisnya, Ayie dengan tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

Situasi mencemaskan itu berlaku ketika mereka menjayakan satu persembahan pentas di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Selasa malam.

Menerusi Instagram rasmi Floor88, kumpulan itu memohon maaf kepada pengunjung yang hadir kerana tidak dapat meneruskan persembahan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayie (Floor 88) 'Tumbang' Di Studio

ARTIKEL BERKAITAN: Ayie (Floor 88) genggam ijazah, luah hasrat sambung peringkat sarjana

"Kami Floor88 memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan persembahan di Konsert Gempak Negeri FM. Kami akan berikan perkembangan penuh tentang kesihatan Ayie.

"Terima kasih kepada yang hadir dan tidak putus mendoakan kesihatan Ayie," tulis pengendali akaun itu.

Floor88 berkongsi rakaman kejadian di Instagram rasmi mereka.

Untuk rekod, pada 2017 Ayie pernah rebah di studio ketika kumpulan itu sedang membuat rakaman.

Sementara itu, pihak pengurusan Floor88 iaitu Rusa Music mengesahkan mengenai kejadian berkenaan dan memberitahu keletihan menjadi punca insiden tersebut berlaku.

Bagaimanapun, Ayie kini dilaporkan berada dalam keadaan baik dan stabil.

"Alhamdulillah Ayie dah okay, malam semalam semasa perform lagu kedua dia rebah, mungkin kerana terlalu penat dengan beberapa persembahan sebelum itu.

"Tambah pula ada smoke machine depan dia, lagi membuatkan dia tak tahan... tapi sekarang semuanya dah okay, Ayie pun dah sedar.

"Sekarang ini mereka masih di Negeri Sembilan dan akan pulang ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat... doktor hanya minta dia berehat sahaja," katanya.

Ayie, Floor88

Artikel Lain