suria

“Saya tidak pernah ada masalah mental, it's all stupid” - Fathia Latiff kawal diri enggan ulangi kesilapan sama

Fathia dalam proses belajar untuk mengawal diri daripada melakukan kesilapan yang sama.

TERKAIT pelbagai kontroversi, pelakon sensasi Fathia Latiff berharap tahun ini dapat memberi sinar baharu untuk dia terus berada dalam industri seni.

Menurut Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 33, dia masih dalam proses belajar mengawal diri daripada mengulangi kesilapan yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Minta perhatian untuk dapat job ke ni?” - Penampilan Fathia Latiff sambut hari jadi dikecam, pakai baju tayang dada

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff buat hal lagi tayang gambar tak bertudung, netizen kata mungkin depresi

"Untuk tahun ini saya mahu mengasingkan karier seni dan kehidupan peribadi. Saya pun masih belajar untuk kawal diri, tak nak campur aduk kerjaya dan peribadi.

Fathia ingin menjadi diri sendiri dan berubah menjadi lebih baik.

"Apa yang saya boleh katakan, saya hanya nak jadi diri sendiri. Saya tahu, rakyat Malaysia sayangkan saya sebab itu saya cuba untuk berubah.

"Tapi tak boleh la terus nak berubah 100 peratus. Kena buat secara perlahan-lahan. Doakan yang baik-baik untuk saya," kata Fathia kepada mStar.

Fathia ditemui ketika sidang media pelancaran single keduanya berjudul Jika Aku Tahu di Metropolitan Square, Damansara Perdana, Petaling Jaya pada Khamis.

Saya tidak pernah ada masalah mental, it's all stupid dan saya tak pernah pun berjumpa doktor.

FATHIA LATIFF

PELAKON DAN PENYANYI

Pada tahun lalu, Fathia menerima kecaman selepas membuat keputusan untuk membuka tudung dan foto dicium seorang lelaki menjadi tular di laman sosialnya.

Selain itu, penampilan Fathia mengayakan pakaian yang menjolok mata dengan berambut pendek ketika sambutan ulang tahun kelahirannya pada September tahun lalu turut mengundang kecaman.

Malah, Fathia juga pernah dikatakan mempunyai masalah mental dan menghidap penyakit bipolar disebabkan kehidupannya dilihat tidak terurus.

Fathia tidak pernah mengalami masalah mental.

Dalam pada itu, pelakon yang pernah popular menerusi drama Ariana Rose ini menegaskan dia tidak pernah mengalami masalah mental atau bipolar seperti yang didakwa sebelum ini.

"Saya tidak pernah ada masalah mental, it's all stupid dan saya tak pernah pun berjumpa doktor.

"Bagi saya, kontroversi memang akan terjadi dalam dunia selebriti. Tak kena mengena dengan masalah mental," ujarnya.

Fathia Latiff

Artikel Lain