suria

Khai Bahar terima kritikan, dianggap belum layak ke Istana Budaya - “Semua penghibur impi buat konsert di pentas itu”

Khai Bahar bakal mengadakan persembahan di Istana Budaya.

PENYANYI Khai Bahar memberitahu dia tidak berasa bimbang dengan kritikan netizen yang beranggapan dirinya belum cukup layak untuk membuat persembahan di pentas Istana Budaya.

Menurut Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 26, dia tidak akan melepaskan peluang yang dianggap impian setiap penghibur untuk membuat persembahan di pentas berprestij itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kekecewaan peminat bakar semangat Khai Bahar, akui gagal ke AJL34 kerana persembahan kurang memuaskan

ARTIKEL BERKAITAN: “Kesian orang datang berbayar” – Khai Bahar tak tergamak tipu peminat nyanyi 'miming'

“Saya tak takut dengan kritikan atau pandangan orang terhadap saya sebab apa yang saya nak hanyalah keluar dari kebiasaan. Memang saya masih baru dalam industri tapi dah orang beri peluang.

Khai Bahar syukur diberi peluang beraksi di Istana Budaya.

“Apabila saya ditawarkan untuk membuat konsert di Istana Budaya, sudah tentu saya akan terima. Lagi-lagi peluang itu bukan selalu kita dapat.

“Sesuatu yang sangat besar dalam hidup dan kerjaya saya. Bukan saya sahaja, rasanya semua penghibur mengimpikan dan berangan untuk buat konsert di pentas itu,” kata Khai kepada mStar.

Khai ditemui ketika sidang media Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia di Bilik Nilam, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Rabu.

Konsert yang buat julung kalinya di bawah penganjuran produksi pelakon Fauziah Ahmad Daud atau lebih popular dikenali sebagai Ogy iaitu Ogy Ventures akan berlangsung selama dua hari iaitu 27 dan 28 Mac depan.

Sesuatu yang sangat besar dalam hidup dan kerjaya saya.

KHAI BAHAR

PENYANYI

Dalam pada itu, penyanyi lagi Luluh ini meluahkan rasa syukur dan bertuah diberi peluang menimba ilmu dengan seorang bintang yang mempunyai pengalaman sangat luas dalam dunia seni.

“Kak Ogy seorang yang sangat dikenali dan saya sangat bersyukur dapat bekerjasama dan dalam pada masa yang sama dapat berpeluang menimba ilmu mengenai seni persembahan dengan dia.

“Walaupun saya tahu dia tegas, tapi saya sudah bersedia sebab dia buat semua itu untuk kebaikan. Semua ilmu dia ada untuk berkongsi dengan saya. Kalau tak tegas, kita tak tahu apa kemampuan kita,” ujarnya.

Khai Bahar

Artikel Lain