suria

Anak-anak tak paksa DJ Lin kahwin - “Masa dengan mereka pun tak banyak apa lagi jika ada suami”

DJ Lin bimbang tidak dapat membahagikan masa dengan baik selepas berkahwin.

PENYAMPAI radio Suria FM iaitu DJ Lin memberitahu anak-anak tidak pernah memaksa dia untuk mencari pasangan hidup dan berkahwin.

Menurut DJ Lin, 44, dia bimbang tidak dapat membahagikan masa dengan baik apabila sudah kahwin memandangkan terlalu sibuk mencari rezeki.

ARTIKEL BERKAITAN: “Demi kerja... saya pernah masuk pejabat selepas sehari bercerai” - DJ Lin selesa jalani kehidupan solo tanpa pasangan hidup

"Anak-anak tak kisah dan mereka juga tak pernah paksa untuk saya cari pasangan hidup dan berkahwin semula.

Anak-anak memahami DJ Lin sibuk dengan kerja.

"Sebabnya masa saya dengan mereka pun tak banyak apa lagi jika ada suami. Nanti asyik bergaduh sahaja.

"Jadi, saya tak nak tambahkan masalah. Sekarang ini kehidupan saya dah okey. Tanggungjawab saya besar, selagi ada kudrat kena cari rezeki," katanya kepada mStar.

Pemilik nama Roslinda Abdul Majid, 44, ini bercerai pada 2006 dan mempunyai dua orang anak bernama Nureen Aresya, 19, dan Nazren Asyran, 17.

Sebelum ini, DJ Lin mengakui sukar mencari pasangan dan terlalu selesa menjalani kehidupan tanpa suami menyebabkan dia tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

DJ Lin bersyukur Suria FM dan segmen Suria Cinta mencatat peningkatan.

Dalam pada itu, Penyampai Radio Popular ABPBH31 ini turut meluahkan rasa syukur dengan kejayaan Suria FM dan slot Suria Cinta yang dikendalikannya sejak 2006 sehingga kini.

"Alhamdulillah saya sangat bersyukur di bawah tanggungjawab saya, Suria FM kini mencatat peningkatan yang sangat memberangsangkan.

"Saya mahu membawa Suria ke peringkat yang lebih tinggi. Sasaran saya nak menjadi top 3 radio paling popular dan sekarang sikit lagi nak capai.

"Alhamdulillah rating Suria Cinta pun kini sangat bagus dan diterima ramai pendengar baharu," ujarnya. 

DJ Lin, Suria FM, Suria Cinta

Artikel Lain