suria

Tahniah! Amyra, Amar Baharin timang anak perempuan

Amyra dan Amar kini miliki sepasang cahaya mata.

PASANGAN bahagia Amar Bahrin dan Amyra Rosli mengumumkan berita gembira apabila mereka menimang cahaya mata kedua pada Sabtu.

Amar menerusi laman sosialnya memberitahu, isterinya sudah selamat melahirkan anak perempuan pada pagi Sabtu.

“Alhamdulillah… isteri saya Nur Amira Izzati dah selamat melahirkan anak perempuan pagi tadi.

“Baby sihat dan isteri saya selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan,” ujarnya.

Amyra Rusli dan Amar berkahwin pada 2016.

Pada Julai lalu, Amar menerusi sebuah video membuat pengumuman bahawa Amyra hamil tiga bulan.

Lebih menggembirakan berita kehamilan itu diterima pada ulang tahun kelahirannya ke-34 iaitu pada 1 Julai lalu.

Amar dan Amyra berkahwin pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Aqeef Anaqi, 2.

Amyra Rusli, Amar Baharin

Artikel Lain