suria

Kmy Kmo, Luca Sickta sindir golongan penunggang agama dalam Zuhud - “Semakin ramai yang bertopeng”

Klip video Zuhud papar adegan penunggang agama.

PELBAGAI isu berkaitan golongan yang menggunakan agama untuk kepentingan diri mencetuskan idea kepada penyanyi rap Kmy Kmo dan Luca Sickta untuk karya baharu mereka.

Lagu bertajuk Zuhud duet bersama Datuk M Nasir memaparkan senario golongan penunggang agama yang semakin berleluasa.

Kmy atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim bagaimanapun menjelaskan ia tidak bermaksud mereka bersikap pukul rata namun cuba memberi gambaran sikap seseorang individu itu tidak boleh dinilai hanya menerusi paras rupa.

"Karakter dalam muzik video tu kami pilih supaya ia dapat untuk menegur golongan penunggang agama kerana sekarang ini sudah jadi ibarat trend.

"Tak kisah la sesiapa sahaja, semakin ramai golongan yang bertopeng sebegini. Jadi sentiasa beringat dan cerminlah diri sendiri," kata Kmy kepada mStar.

Kmy dan Luca tidak menyangka pelawaan mereka untuk berkolaborasi diterima baik Datuk M Nasir.

Mereka ditemui pada majlis pelancaran lagu Zuhud di ibu pejabat Universal Music, baru-baru ini.

Selain itu, Luca atau nama sebenarnya Shameer Ashraf berkata kolborasi pertama mereka bersama M Nasir tidak mungkin menjadi kenyataan jika tidak mendapat sokongan daripada penyanyi rap dan komposer terkenal Malique.

"Semuanya bermula daripada Malique... dia yang push kami untuk beranikan diri mempelawa M Nasir untuk kolaborasi lagu Zuhud ini.

Semuanya bermula daripada Malique... dia yang push kami untuk beranikan diri mempelawa M Nasir untuk kolaborasi lagu Zuhud ini.

KMY KMO

PENYANYI RAP

"Dia mensarankan kami untuk bekerjasama dengan individu profesional jika ingin jadi seperti mereka. Kalau kami tunjuk kepada orang lain senarai artis yang ingin bekerjasama pasti mereka kata kami gila kerana semuanya nama besar dalam industri," katanya.

Muzik video Zuhud mula dilancarkan pada Disember lalu sudah mendapat lebih 1 juta tontonan.

kmy kmo, luca sickta, m nasir

Artikel Lain