suria

“Ada usaha rapatkan semula, tapi mereka lebih bahagia selepas bercerai” - Azmi (Caliph Buskers) dedah Fendy, Nadira profesional

Azmi menyimpan rahsia mengenai perceraian Fendy dan nadira sejak dua tahun lalu.

PENCERAIAN ahli kumpulan Caliph Buskers iaitu Fendy Adlun dan isteri Nadira Rubina rupanya sudah diketahui oleh anggota kumpulan yang lain sejak dua tahun lalu.

Meskipun sudah berpisah, vokalis Caliph Buskers iaitu Azmi berkata masing-masing bersikap profesional serta tidak mencampuradukkan hal berkaitan kerjaya dan peribadi.

"Sebenarnya kami ahli kumpulan sudah tahu lama mereka bercerai, sejak hari pertama Fendy ke mahkamah tapi kami simpan berita ini selama dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Fendy dan Nadira (Caliph Buskers) bercerai dua tahun lalu - “Sudah tiba masanya kami cari kebahagiaan masing-masing”

ARTIKEL BERKAITAN: Caliph Buskers rayu jangan hina Nabil Ahmad isu hantu

"Mereka ambil keputusan mendedahkan mengenai penceraian itu setelah timbul cakap-cakap pasangan ini curang kerana keluar dengan kawan masing-masing, sebab itulah mereka maklumkan kepada umum.

"Walaupun sudah bercerai tapi mereka masih dalam satu kumpulan yang sama... buat masa ini tiada rasa janggal kerana masing-masing profesional apabila membabitkan soal kerja," katanya kepada mStar.

Fendy dan Nadira masih bersama dalam kumpulan Caliph Buskers.

Azmi ditemui semasa sidang media dan latihan teater komedi seram, Korupsi Dewan Semandung yang diadakan di istana Budaya pada Khamis.

Pada 27 Januari lalu, pemain dram Caliph Busker iaitu Fendy Adlun dan bekas isterinya itu mengumumkan telah bercerai hampir dua tahun.

Sejujurnya kami ada cuba rapatkan semula hubungan mereka tapi nampak gayanya mereka lebih bahagia setelah berpisah!

AZMI

AHLI KUMPULAN CALIPH BUSKERS

Mereka memilih untuk merahsiakan perkara itu kerana enggan mencampurkan soal peribadi dan kerjaya.

Pasangan ini berkahwin pada 3 Mei 2014 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Nurazalea Zafirah yang kini berusia lima tahun.

Sementara itu, Azmi berkata penceraian itu merupakan jalan terbaik untuk masa depan mereka.

Fendy umum sudah bercerai pada Januari lalu.

Selain itu, ia turut memudahkan perjalanan karier kumpulan Caliph Buskers.

"Terus-terang saya cakap, kalau ikutkan apabila mereka berpisah lagi memudahkan kumpulan... contohnya kalau mereka masih bersama dan katakanlah ada perselisihan faham, mood mereka akan terganggu.

"Tapi selepas mereka berpisah masing-masing buat hal sendiri dan ianya tak mengganggu yang lain.

"Sejujurnya kami ada cuba rapatkan semula hubungan mereka tapi nampak gayanya mereka lebih bahagia setelah berpisah," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai karier seni, Azmi berkata dia teruja apabila menerima tawaran berlakon dalam teater Korupsi Dewan Semandung.

Azmi teruja ditawarkan berlakon dalam teater Korupsi Dewan Semandung.

"Apabila dapat panggilan daripada Kak Ogy (Fauziah Ahmad Daud) dan dia tawarkan berlakon, saya memang tak sangka! Sejujurnya rasa sangat teruja tapi dalam masa sama gementar kerana dikelilingi orang-orang hebat.

"Walaupun ini benda baharu tapi saya sukakan cabaran dan dalam masa sama memberikan sesuatu kepada peminat... saya lebih kepada bidang nyanyian jadi dalam teater ini saya akan berlakon dan menyanyi untuk penonton," katanya.

Selain Azmi, teater ini turut dibintangi oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Joey Daud, Man Raja Lawak, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Tapai dan Sharif Zero.

Teater komedi seram, Korupsi Dewan Semandung itu akan dipentaskan di Istana Budaya pada 28 hingga 29 Februari dan 1 Mac ini.

Caliph Buskers, Azmi, Fendy, Nadira

Artikel Lain