PERKONGSIAN ahli kumpulan Bocey, Achey dan Fad mengenai pemergiaan sahabat mereka Abam di laman Instagram sejak Isnin lalu menerima kritikan segelintir netizen. Segelintir netizen mengatakan roh Allahyarham Abam tidak tenang melihat kesedihan yang dikongsikan Achey dan Fad. ARTIKEL BERKAITAN: “Aku kecil hati, kau tak wish birthday aku ya...” - Fad Bocey sedih sambut hari lahir tanpa pelukan Abam Bagaimanapun, Pencetus Ummah (PU) Azman tampil menjelaskan perbuatan manusia yang masih hidup tidak akan memberi kesan kepada yang sudah meninggal dunia. PU Azman menjelaskan mengenai kekeliruan segelintir netizen. "Ada budaya di kalangan masyarakat berbunyi, jangan post tentang arwah banyak sangat, nanti arwah tak tenang di sana. Kenyataan di atas tidak betul sama sekali. "Perbuatan orang hidup tidak bagi kesan langsung kepada orang mati dalam hal ini. Tiada masalah menceritakan kebaikan orang mati sebagai pengajaran dan semangat kepada yang hidup. "Tiada masalah post foto kenangan yang sopan, tutup aurat sebagai melepas rindu. Hal ini tidak bermakna yang muat naik itu tidak reda. "Reda atau tak, itu perbuatan hati. Kita orang luar tak boleh nak nilai," tulis PU Azman menerusi laman Instagram miliknya. Bahkan jika yang hidup melakukan perbuatan yang dilarang iaitu meratap (melampau), juga tidak bagi kesan kepada si mati. PU AZMAN PENCETUS UMMAH DAN PELAKON Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pelawak Abam Bocey meninggal dunia selepas dua hari mengalami demam panas. Pemergiaan Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Redzuan, 32, memberi tamparan kepada keluarga serta dua anggota kumpulannya, Achey dan Fad. Dalam pada itu, PU Azman memberitahu biarpun perbuatan meratap tidak beri kesan kepada arwah namun kena sentiasa menjaga jiwa supaya tidak terkeluar dari batas keredaan. Kumpulan Bocey dianggotai Fad, Abam dan Achey. "Bahkan jika yang hidup melakukan perbuatan yang dilarang iaitu meratap (melampau), juga tidak bagi kesan kepada si mati. "Bahkan si pelaku yang masih hidup itu sahaja yang mendapat kesan dosa atau tidak. Ramai di kalangan kita yang selalu post tentang kerinduan kita dan kebaikan orang-orang soleh di zaman silam, sekalipun mereka telah meninggalkan kita ratusan tahun. "Seumpama Imam Syafie dan sewaktu dengannya. Cuma pesanan pada kita semua yang post ni (termasuk Cik Man) agar sentiasa bimbing jiwa supaya tak terkeluar dari batas reda," ujarnya.