suria

“Saya masih terkejut...” - Bunga Citra Lestari minta doakan suaminya, jenazah Ashraf Sinclair selamat dikebumikan

Bunga Citra Lestari bersama anaknya Noah ketika di tanah perkuburan San Diego Hills.

PELAKON Bunga Citra Lestari tidak dapat menyembunyikan kesedihan atas kehilangan suami tercinta Allahyarham Ashraf Sinclair pada Selasa.

Bunga berkata, dia tidak dapat mengulas panjang berikutan masih terkejut dengan dengan apa yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari tempah liang lahat untuk dirinya di sebelah Ashraf Sinclair berharga RM75,000

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah duka Bunga Citra Lestari, hanya air mata sambut ucapan takziah keluarga dan sahabat

"Saya tidak boleh banyak bicara, saya masih syok (terkejut)" katanya kepada media seperti dipetik Detikhot.com.

Dalam kenyataan singkat itu, Bunga turut meminta semua pihak mendoakan suaminya.

Bunga akui masih terkejut dengan apa yang berlaku.

Katanya dia masih cuba menghadapi perkara itu.

"Saya masih cuba untuk menerima hakikatnya.

"Terima kasih buat teman-teman semua, i hope everything get better soon," ujarnya.

Sementara itu jenazah pelakon Ashraf Sinclair selamat dikebumikan selepas Asar kira-kira pukul 4.47 petang Selasa di tanah perkuburan San Diego Hilss, Karawang, Barat.

Jenazah dibawa ke tanah perkuburan kira-kira pukul 3 petang waktu Malaysia menggunakan kereta jenazah dari kediaman keluarga di Pejaten, Jakarta Selatan.

Suasana pilu mengiringi beberapa buah pengangkutan lain termasuk empat buah bas dipercayai membawa anggota keluarga terdekat dan saudara mara.

Antara ahli keluarga dan saudara mara yang datang menziarahi di tanah perkuburan tersebut.

Polis trafik turut membantu melancarkan perjalanan tersebut.

Ashraf meninggal dunia pada pukul 4 pagi Selasa akibat serangan jantung.

Allahyarham dikenali selepas membintangi filem Gol dan Gincu (2005) bersama Sazzy Falak dan Fazura.

Allahyarham meninggalkan balu Bunga Citra Lestari dan seorang anak Noah Aidan Sinclair.

Artikel Lain