suria

Transkrip penuh perbualan ‘panas’ Aliff Syukri dan balu Abam... Soalan mengenai wasiat, kereta dan harta arwah turut ditanya

Pembantu Aliff (bertudung cerah) turut bertanya soalan kepada Noor Hidayah.

TINDAKAN Datuk Seri Aliff Syukri menziarahi balu Allahyarham Abam iaitu Noor Hidayah Mohd Ali sambil bersiaran secara langsung menerusi Facebook mengundang pelbagai reaksi netizen.

Ada yang mengecam dan ada juga yang menyokong inisiatif usahawan kosmetik itu.

Ketika kunjungan Aliff bersama pasukannya ke rumah keluarga Noor Hidayah, pelbagai soalan peribadi diajukan kepada ibu tunggal berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Balu Abam dedah kereta ditarik, tidak dapat harta peninggalan... Aliff Syukri dituduh punca pecah belah!

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa macam nak gaduh? Saya hanya beri bantuan duit” - Aliff Syukri sedia bersemuka dengan keluarga arwah Abam

Berikut adalah transkrip penuh daripada video pertama yang dimuat naik Aliff di Facebook:

Aliff Syukri: Hari ini saya bersama Amina ingin menghulurkan bantuan kepada balu ataupun ibu tunggal kepada isteri Abam Bocey... di mana saya berada di rumah beliau untuk saya hulurkan sedikit bantuan yang boleh meringankan nasib ibu tunggal itu.

Kalau korang nak tahu, Abam Bocey pernah berlakon dengan saya dalam drama Toyol ke London. Berat hati saya dengan nasib ibu ni... tapi nak buat macam mana... saya perlu berjumpa untuk mendengar apakah keluhan, perasaan beliau ketika ini dan saat ini.

Aliff: Hai Assalamualaikum semua hari ini kita akan menziarahi... hari ini kita akan... hari ini saya akan menziarahi rumah itu... hari ini saya akan menziarahi rumah kepada balu Abam Bocey.

Saya agak sedih, melihat nasib ibu ini, pastinya beliau dalam keadaan yang begitu sedih begitu kecewa dengan kematian suaminya... apapun kita cuba lihat.

Aliff: Ok, Assalamualaikum, apa khabar semua?

Bapa Hidayah: Khabar baik.

Aliff Syukri menziarahi Noor Hidayah di kediaman bapanya.

Aliff: Sebenarnya sebelum ini mungkin ramai yang tak tahu saya pernah berlakon dalam Tuyul Ke London. Tengok?

Noor Hidayah: Tengok.

Aliff: Sebab masa itu Abam version berbadan besar, saya version berbadan kecil. Apabila saya tengok arwah pergi... saya sendiri terkejut. Sebab memang... tak sangka dia pergi... dan orang kata yang terasa sekali isterinyalah.

Alif: Hidayah, apabila dah pemergian ini, orang kata sebelum ini puan Hidayah suri rumah. So apa yang puan akan buat? rancanganlah maksudnya selepas ini.

Noor Hidayah: Selepas ini saya akan uruskan bisnes bapa saya.

Pembantu Aliff: Tapi saya ada dengar cerita yang kereta puan Hidayah, kereta akak kena tarik, jadi macam mana akak nak uruskan bisnes itu... boleh tak ceritakan sedikit?

Noor Hidayah: Iyalah hari saya itu nak bawa anak pergi ke klinik...  saya minta kunci kereta dekat diorang... lepas itu bila dia tahu saya nak bawa anak pergi balik kampung saya... kiranya dia tak bagi saya bawa.

Sekarang ini dengan (guna) kereta mak ayah la. Ulang-alik diorang bawa saya pergi.

Pembantu Alif: Jadi sekarang ni akak dah memang tak ada apa-apa ke macam mana?

Aliff: Akak dah tak tak ada apa-apa dah?

Noor Hidayah: Tak ada.

Aliff: Tapi katanya arwah ni seorang yang berjaya juga la.

Aliff: Mungkin dari segi wasiat, dah (diuruskan) ke belum?

Noor Hidayah: Saya tak tahu sebab belah sana yang uruskan.

Aliff: Anak ni siapa nak jaga, siapa yang nak sekolahkan?

Aliff hadir bersama kumpulan produksinya.

Noor Hidayah: Itulah yang saya fikirkan... sekarang ni saya ada anak, ada mak kan... tapi itulah... saya pun tak boleh nak cakap apa-apa.

Pembantu Aliff: Macam contoh telefon ke apa-apa?

Noor Hidayah: Kad dengan telefon kakak dia ambil.

Aliff: Tapi sepatutnya akak sebagai isteri awak ada hak lah. So macam daripada segi... habis tu akak duduk kat mana?

Noor Hidayah: Duduk rumah arwah.

Aliff: Rumah family ke rumah dia sendiri?

Noor Hidayah: Rumah dia sendiri.

Pembantu Aliff: Akak rasa akak nak duduk sana ke nak duduk sini terus ke macam mana?

Noor Hidayah: Tak tahulah saya anak cakap macam mana.

Pembantu Aliff: Tapi dalam berapa lama akak akan duduk sini?

Noor Hidayah: Ya saya duduk sini, sampai habis edah saya duduk sini lah.

Aliff: Oh duduk sini.

Aliff: Macam kita tahu sebenarnya... mak bapa saya bercerai. Mak saya dah kahwin tiga atau empat kali. Ayah saya kahwin dua kali.

Benda yang paling susah sekali adalah menjadi seorang ibu tunggal. Dan semestinya apabila berlaku dekat puan Hidayah ini, tanggungjawab yang paling berat dan besar adalah membesarkan anak dan juga status.

Aliff: Status kita dah berubah. Ada orang yang memandang rendah.

Pembantu Aliff: Ada orang yang hina dan juga fitnah.

Alif: Macam-macam. tapi bagi pandangan saya semua orang yang berkahwin dalam dunia ini pasti inginkan jodoh itu berkekalan. Tetapi untuk puan Hidayah, jodoh itu hanya sampai di sini sahaja.

Pembantu Aliff: Pada usia muda pula.

Aliff: Sekarang ini punca pendapatan puan Hidayah secara jujurnya memang tiada kan? Tetapi sekarang ni yang support, penjagaan... kereta semua ayah lah yang bantu?

Aliff: Hari ini kita ada menghulurkan sedikit sumbangan. Sumbangan ini kita bagi untuk meringankan beban kepada isteri Abam. Bukan niat kita nak menunjuk ye.

Tetapi kepada anda yang melihat video ini, sebenarnya yang paling penting ye sebagai seorang suami, arwah mesti nak anak isterinya nasibnya terbela.

Takkan la lepas kematian, isterinya hidup merana dan sebagainya. Dan of course takde pun orang dalam dunia ni kahwin nak suami meninggal.

So apa perasaan apabila suami takde, ada anak lagi. Awak kata tadi kereta pun  tak ada kan... apa perasaan awak?

Noor Hidayah: Perasaan saya sedih sebab tak tahu saya nak fikir macam mana. Sebab sekarang ni saya fikir untuk anak je sekarang ni. Nak membesarkan dia macam mana? Nak sekolahkan dia macam mana? Itu saja yang saya fikirkan sekarang ini.

Aliff: So puan Hidayah, apabila orang cakap Abam ni banyak bersedekah... banyak memberi dan pendapatan dia pun ratusan ribu. Of course orang akan membayangkan puan Hidayah pun akan memiliki kesenangan itu, atau pun keselesaan itu untuk anak.

Saya pun ada anak, kalau saya meninggal of course saya akan bagi kepada anak saya... tapi situasi ini terbalik dekat puan Hidayah. So macam mana benda ni boleh berlaku?

Noor Hidayah: Saya tak berani nak cakap.

Aliff: Sepatutnya apabila puan Hidayah sendiri ada anak, anak sakit... demam... kereta sampai tak ada... jadi saya nak tanya kepada puan Hidayah, sebelum ni puan Hidayah memang boleh bawa kereta?

Noor Hidayah: Memang bawa kereta.

Aliff: Tapi sekarang kereta tak ada. Apabila kereta tak ada tu... iya lah kerata itu hak milik suamikan? kenapa puan Hidayah tak dapat kereta itu?

Noor Hidayah: Tak tahulah.

Aliff: Pada pandangan ibu pula macam mana dalam keadaan situasi ini?

Ibu Hidayah: Saya tak tahu nak cakap.

Pembantu Alif: Mesti sebagai ibu... puan juga merasa sedihkan? Apabila kereta anak sepatutnya menjadi hak anak... tapi tiba-tiba tak menjadi hak anak. So apa perasaan puan sebagai ibu sendiri atau pun perasaan encik sebagai ayah kepada hidayah?

Ibu Hidayah: Sedih.

Pembantu Aliff: Kenapa sedih mungkin boleh cerita... sebab dah nampak anak susah ke?

Ibu Hidayah: Tak boleh cakap.

Pembantu Aliff: Maksudnya sekarang ni harta-harta semua dah tak ada?

Noor Hidayah: Tak ada.

Pembantu Aliff: Daripada keluarga sana pun tak ada?

Noor Hidayah: Tak ada... diorang uruskan.

Aliff Syukri, Abam Bocey

Artikel Lain