suria

Kongsi berita palsu koronavirus, Zed Zaidi antara empat individu didakwa di mahkamah

Zed Zaidi bersama penguamnya, Zamri Idrus hadir untuk memberi keterangan berhubung tindakannya berkongsi berita palsu mengenai koronavirus 2019 di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pada 31 Januari lalu. Foto: BERNAMA.

GARA-GARA berkongsi berita palsu berkenaan koronavirus 2019 (2019-nCoV) di laman sosial, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat.

Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah ketika dihubungi mStar turut mengesahkan Zed Zaidi atau Rozaidi Jamil hadir ke mahkamah untuk sebutan kes tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau pergi kerja atau saja cuti-cuti?” - Zed Zaidi dakwa Hans Isaac salah guna kuasa Pengerusi Finas

"Ya memang betul. Kehadiran Zed Zaidi di mahkamah hari ini hanya untuk pengurusan kes sahaja," katanya kepada mStar.


Sekitar Januari lalu, Zed Zaidi berkongsi berita palsu berkenaan koronavirus 2019.

Menerusi laporan Bernama, Zed Zaidi, 40, antara empat individu yang didakwa kerana membuat kenyataan berhubung Covid-19 di media sosial yang boleh menyebabkan kegentaran pada orang awam.

Pada 31 Januari lalu, Zed Zaidi hadir memberi keterangan lebih dua jam di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkongsian berita tersebut di Cyberjaya.

Sebelum ini, pelakon itu dikecam netizen selepas berkongsi berita palsu yang mengatakan semua negara mengharamkan pelancong dari China kecuali Malaysia di Facebook dan Twitter miliknya.

Segelintir netizen memberitahu artikel yang menggunakan tajuk utama itu boleh disunting sesiapa sahaja melalui laman breakyourownnews.com untuk menghasilkan imej seakan-akan berita. 

Zed Zaidi, Koronavirus 2019

Artikel Lain