suria

Tujuh tahun sembunyi hubungan, Alif Hadi akui cemburu jika ada lelaki minta nombor telefon Zizi Kirana - “Tidak semua orang tahu tentang kami”

Alif masih mengenali hati budi Zizi.

DALAM diam rupa-rupanya, pelakon Alif Hadi dan penyanyi Zizi Kirana menjalinkan hubungan yang sangat rapat sejak tujuh tahun lalu.

Alif, 32, mengakui berasa cemburu apabila ada lelaki terutama golongan artis dan ternama meminta nombor telefon Zizi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lagu sakai… bakat ke laut pun nak menyanyi” - Zizi Kirana tak bagi muka, suruh netizen cuci hati dengan peluntur

"Sebenarnya saya dan Zizi sudah berkawan rapat sejak tujuh tahun lalu dan sehingga kini kami masih lagi mengenali hati budi masing-masing.

Alif berkawan rapat dengan Zizi sejak tujuh tahun lalu.

"Sepanjang perkenalan kami, ada saja waktu yang saya rasa cemburu. Lagi-lagi bila ada lelaki terutama artis dan orang ternama minta nombor telefon dia.

"Sedangkan waktu itu saya ada dengan dia. Tapi sebabkan tidak semua orang mengetahui hubungan kami, jadi saya terpaksa berdiam diri saja," katanya kepada mStar.

Alif ditemui ketika sidang media pelancaran filem Bulan & Pria Terhebat di Nicsmann, The Starling Mall, Petaling Jaya baru-baru ini.

Saya rasa, semua lelaki suka melihat wanita seksi, begitu juga saya. Bagi saya, tak ada masalah pun dengan penampilan Zizi itu.

ALIF HADI

PELAKON

Sebelum ini, Zizi pernah menafikan dakwaan dan gosip mengatakan dia sedang hangat bercinta dengan Alif namun akui mereka berkawan rapat.

Dalam pada itu, pelakon drama Adam Cemphaka ini memberitahu dia tidak kisah mengenai persepsi orang luar terhadap penampilan seksi Zizi.

Alif berkata dia sendiri suka melihat Zizi seksi dan terima penyanyi lagu Boleh Jalan itu seadaanya.

Alif akui tidak mempunyai masalah dengan penampilan seksi Zizi.

"Saya rasa, semua lelaki suka melihat wanita seksi, begitu juga saya. Bagi saya, tak ada masalah pun dengan penampilan Zizi itu.

"Lebih baik saya pandang dia daripada saya pandang perempuan seksi lain. Saya tak kisah pun orang nak cakap fasal dia.

"Saya kenal hati dan diri dia. Insya-Allah saya tidak menolak jika kami ada jodoh. Mak saya pun dah tanya-tanya ini," ujarnya.

Zizi Kirana, Alif Hadi

Artikel Lain