suria

Diuji kehilangan anak dan abang kandung dalam masa tiga bulan antara 10 fakta mengenai kehidupan Ali Puteh

Dunia hiburan dikejutkan dengan pemergiaan abang kepada Ali Puteh iaitu Abam pada 10 Februari lalu.

SELEPAS seminggu pemergian Abam Bocey pada 10 Februari lalu, timbul pula cerita kurang enak mengenai kemelut antara pelawak Ali Puteh dan balu kepada arwah iaitu Nor Hidayah.

Ia bermula daripada video live Facebook usahawan kosmetik menemuramah Nor Hidayah dan bertanyakan mengenai harta peninggalan arwah pada 18 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tidurlah sayang... rehatlah sayang” - Bayi perempuan Ali Puteh meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa macam nak gaduh? Saya hanya beri bantuan duit” - Aliff Syukri sedia bersemuka dengan keluarga arwah Abam

ARTIKEL BERKAITAN: “Cukup-cukuplah kami sekeluarga dihina dan dicaci!” - Ali Puteh tetap tak izin Aliff Syukri buat live jumpa ibu

Tindakan Aliff bertanyakan soalan sensitif dan pendedahan Nor Hidayah mengenai harta pusaka itu mengundang kemarahan Ali sehingga memuat naik status berbaur hinaan terhadap kakak iparnya di Instagram.

Perbalahan antara mereka bermula daripada video Aliff bertanyakan soalan sensitif kepada isteri Abam.

Sehingga kini, isu antara Ali, Aliff Syukri dan Nor Hidayah masih menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Kali ini mStar sediakan 10 fakta yang mungkin segelintir masyarakat tidak tahu tentang Ali Puteh.

1. Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dilahirkan di Gombak, Selangor dan kini berusia 31 tahun.

2. Ali dan isterinya iaitu Melati Fitri Abdullah mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Sharifah Nur Aaira Qireen dan Sharifah Nur Ainul Mardhiah.

Anak kedua Ali meninggal dunia pada November tahun lalu.

3. Bagaimanapun, Ali dan isterinya diuji apabila anak keduanya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 26 November lalu.

4. Selang tiga bulan kemudian, Ali sekali lagi diuji dengan pemergian abangnya yang juga pelawak Abam Bocey pada 10 Februari lalu.

5. Bercerita mengenai karier seni, Ali mula bergiat dalam dunia hiburan sebagai pelawak sejak tahun 2012.

6. Bakatnya dicungkil ketika menganggotai kumpulan Albob bersama Abam menerusi program realiti Raja Lawak musim ke-6.

Berlaku konflik antara Ali dan kakak iparnyanya, Nor Hidayah selepas seminggu pemergian arwah Abam.

7. Ali pernah bertanding dalam program Bintang Mencari Bintang bersama rakannya, Mohd Daniel Lee dengan menggunakan nama kumpulan Bowl dan menjadi protege kepada pelawak Datuk Afdlin Shauki pada 2013.

8. Pada 2015, dia menubuhkan kumpulan Puteh bersama Mamak dan mereka menjadi naib juara bagi program Projek Komedi Warna.

9. Nama kumpulan Puteh semakin dikenali apabila mereka berjaya memenangi tempat ketiga program Maharaja Lawak mega pada 2016.

10. Kemuncak kerjayanya ketika memenangi trofi juara Maharaja Lawak Mega 2019 yang berlangsung pada 10 Januari lalu. 

Artikel Lain