suria

Dayang Nurfaizah akui sedih sering ditanya soal kahwin - “Sibuk kerja tak fikir soal pasangan”

Dayang Nurfaizah akui sibuk urusan kerjaya hingga tidak fikir soal kahwin. Foto: Instagram @/dayangsayangkamu

PERTANYAAN mengenai jodoh dan perkahwinan membuatkan penyanyi Dayang Nurfaizah berasa sedih.

Dayang, 38, mengakui kesibukannya sebagai penyanyi membuatkan dia tidak memikirkan perkara berkaitan pasangan hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: “Selagi tiada pengumuman kahwin, selagi itu boleh kenal” - Dayang Nurfaizah tak tutup peluang lelaki lain

“Bosan... tapi saya faham orang akan sentiasa tanya sebab saya perempuan dan umur pun semakin ‘muda’.

“Bila orang bertanya mengenai hal itu, ia akan membuatkan saya berasa sedih. Selama ini saya tak terfikir, sebab terlalu sibuk dengan kerja.

Dayang menyimpan hasrat mahu membuat album klasik.

Dayang ditemui pada majlis sidang media konsert amal Alunan Irama yang akan diadakan pada 11 April depan bersama Datuk Jamal Abdillah di Bilik Nilam, Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty berkata, kerjaya seninya juga membuatkan dia sedikit takut untuk berumah tangga.

“Memang mungkin kerja, situasi, keadaan susah. Saya agak takut sebab saya bukan kerja di pejabat, kerja saya di mata peminat-peminat.

“Harap-harap satu hari nanti, doa-doakanlah ya,” ujarnya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai kerjaya nyanyiannya, Dayang berkata, masih banyak yang perlu dipelajari.

Dia juga memasang impian untuk merakam album lagu klasik suatu hari nanti.

“Saya tak rasa kerjaya seni saya sudah berada di tahap yang selesa kerana banyak lagi yang saya perlu belajar, saya belajar apa yang peminat mahukan.

“Impian saya ingin membuat album klasik tapi keadaan tidak mengizinkan. InsyaAllah saya akan pastikan impian itu jadi realiti,” jelasnya.

Dayang Nurfaizah

Artikel Lain