suria

“Berhenti panggil Safawi bodoh, anda semua tak tahu cerita!” - Syifa Melvin sedih Safawi Rasid terima kata-kata cacian pada hari lahir

Syifa minta netizen berhenti menghentam Safawi.

SUSULAN kontroversi menjadi punca kemerosotan prestasi pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Safawi Rasid, pelakon Syifa Melvin meminta netizen berhenti melemparkan kata-kata cacian kepada kekasihnya itu.

Syifa atau Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26, turut memberitahu paparan skrin mesej perbualan antara Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Safawi yang dikongsikan di Instastory pemilik JDT itu merupakan perbualan lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Melvin jawab tuduhan jadi kaki kikis, nafi paksa Safawi Rasid kahwin cepat - “Tak pernah minta dia duit untuk sara hidup!”

"Berhenti panggil Safawi bodoh. Anda semua tak tahu keseluruhan cerita! Dia bukan saja-saja cakap macam itu! Salah dia cakap begitu tapi dia ada sebab cakap macam itu dan itu adalah perbualan lama!

Syifa memuat naik status mempertahankan kekasihnya.

"Dia muda lagi dan semua orang buat salah! Mengenali hati dia sangat bersih dan baik. Atas tuntutan lain dia terpaksa! Stop this bullsh** la. Anda semua boleh maki saya tapi bukan Safawi.

"Yang cari fasal tu cari fasal dengan aku, jadi aku hadap saja sebab dah lama sangat tak puas hati nampak gayanya. Aku pertahankan dia sebab aku tahu hati budi dia macam mana," katanya.

Pada Rabu, Tunku Ismail atau TMJ mendedahkan kemerosotan mendadak prestasi Safawi disebabkan tekanan daripada kekasihnya, Syifa mendesak mahu berkahwin pada tahun ini.

Malah, TMJ turut memberi nasihat kepada adik kepada pelakon Syatilla Melvinn ini untuk tidak mengambil kesempatan kepada bintang muda bola sepak itu.

Anda semua nak dia bersinar kenalah sokong bukan menjatuhkan dia terutama pada hari lahirnya hari ini. 

SYIFA MELVIN

PELAKON

Sementara itu, netizen mula berkongsi foto Syifa menerima hadiah seperti telefon bimbit jenama Iphone Pro Max dan beg tangan jenama Louis Vuitton (LV) daripada kekasihnya.

Syifa bagaimanapun menegaskan apa yang diterimanya itu adalah pemberian daripada Safawi dan dia juga pernah memberikan hadiah kepada kekasihnya.

Syifa turut meluahkan rasa sedih melihat kekasihnya itu menerima kecaman yang teruk pada ulang tahun kelahirannya yang ke-23 pada Khamis.

"Berhenti la kongsi Iphone Pro Max, LV. Itu pemberian dan hadiah hari jadi. Dia beri dengan minta boleh beza kan. Kalau tak boleh beza, nampak sangat bodoh. Tanya pula Safawi apa dia dapat?

Syifa sedih melihat kekasihnya dikecam teruk pada ulang tahun kelahirannya.

"Tapi dia lelaki, jenis tak tunjuk. Jadi jangan buat dosa percuma! Tak takut kena koronavirus ke? Daripada menjadi juri, bagilah sokongan moral kepada Safawi.

"Nak dia buat terbaik setiap masa bukan cara ini untuk paksa dia. Anda semua nak dia bersinar kenalah sokong bukan menjatuhkan dia terutama pada hari lahirnya hari ini. What a gift!" ujarnya.

Syifa juga merayu kepada semua pihak untuk memberi semangat kepada Safawi bukannya menghentam Safawi yang kini menanggung kehidupan keluarganya di kampung.

"Saya merayu untuk berhenti fasal salah faham ini dan bawa Safawi ke laluannya semula. Tanggungan dia besar di kampung, jangan buat begini kepada dia!

"Ingat dia budak kampung yang ada tanggungjawab besar untuk keluarga. Jangan jatuhkan dia dengan benda bodoh dan benda peribadi macam ini. Tiada guna!" katanya. 

Syifa Melvin, Safawi Rasid, TMJ

Artikel Lain